Lucyana Veloria
Platform Digital Premium untuk pembaca yang mendambakan dunia fiksyen berbeza
Pasang Lucyana Veloria
Pasang aplikasi ini di telefon anda untuk akses pantas.
Lunova
Koleksi Cerpen
Veloria Stories+
Bab Bersiri Percuma
Veloria Original+
Bab Bersiri Premium
Digital
Koleksi eBook Premium

The Devil Flower : The Last Bond
lucyana.castella
Setelah berjaya menamatkan sumpahan Bunga Syaitan dan merungkai misteri kematian pesakitnya, Hwang Ye Ji kembali meneruskan kehidupan dengan menjadi seorang doktor di Hospital Yunsung. Melihat rakan-rakan sebaya yang sudah mendirikan rumah tangga, terdetik di hati Hwang Ye Ji untuk mencari seseorang yang boleh mengisi kekosongan di hatinya. Namun misi mencari calon suami tidaklah semudah ABC. Hati dan fikiran Hwang Ye Ji masih diikat dengan kenangan bersama kekasih hati yang sudah pergi buat selamanya. Malah setiap blind date yang dihadiri pasti akan berakhir dengan kegagalan. Hakikatnya tiada lelaki lain yang boleh menggantikan tempat Kang Son Nam. "Agaknya, saya memang tak ada jodoh dengan sesiapa kut. Jadi, tak apalah kalau membujang sampai akhir hayat pun." Beritahu Ye Ji ketika ditanya kenapa belum mendirikan rumah tangga. Ikutkan umurnya ini sudah lebih daripada cukup untuk mendirikan tangga di Korea Selatan. Sesudah dia nekad untuk hidup sendiri dan menyulami perasaan setia di hati. Muncul seorang lelaki, persis sang kekasih di zaman silam yakni Kang Son Nam. Maka bermulalah kisah sebuah ikatan terakhir dua insan yang pernah berpisah kerana kekejaman takdir hidup mereka. Adakah mereka dapat bersatu semula dan berjuang dengan takdir yang sememangnya tidak menyebelahi mereka?
2 terjual

The Devil Flower
lucyana.castella
Percutian yang mereka sangka akan menikmati keseronokan alam semula jadi, tidak seperti yang diingini. Setiap seorang daripada mereka menerima kad jemputan yang disertai kelopak bunga ros layu terus-menerus menjadi tanda misteri. Tanpa mereka sedar, satu-persatu nyawa diragut atas kepentingan diri sendiri. "Kenapa kita asyik terjumpa kelopak bunga ros layu ni je?" - Alisa Lee. "Kita dah bayar duit kut, takkan tiba-tiba nak batalkan pula." - Kang Sojin. "Aku rasa tak sedap hatilah, aku nak balik." - Park Rosie "Aku nak balik! Aku tak kira, korang semua cepat buat keputusan. Balik atau mati!" - Kim Jangmie. Gangguan demi gangguan terpaksa mereka hadapi selepas tiba di rumah agam milik seorang wanita tua. Anehnya, setiap gerak-geri mereka diiringi kelopak bunga ros layu tanpa seorang pun tahu maksud di sebalik semua itu. Ada apa dengan kelopak bunga ros layu yang sering muncul tidak kira di mana mereka berada, dan adakah mereka dapat menyelamatkan diri daripada jeratan rumah percutian itu?
1 terjual

The Devil Flower : One Last Time
lucyana.castella
Seringkali bermimpi tentang kehadiran seorang lelaki yang dikelilingi kelopak bunga ros berterbangan menjadikan Hwang Ye Ji tidak dapat melenakan diri. Mana tidaknya, setiap kali dia cuba melayari alam dan bahtera mimpi, setiap kali itu juga dia terbangun dalam keadaan air mata membasahi pipi. Misteri yang dialami sewaktu tidur tidak sekali pun dapat dirungkai dengan akal fikiran yang waras sehinggalah dia ditugaskan untuk bekerjasama dengan penyiasat, Kim Mikwan. Mikwan ingin mengetahui setiap kejadian yang berlaku di rumah agam Son Nam. Ramai pelancong yang datang ke rumah itu, tidak kembali semula ke tempat asal mereka sehingga ada ahli keluarga yang melaporkan kehilangan mereka. Terutama empat orang gadis sunti yang di mana tiga orang daripada mereka hilang tanpa jejak. Hanya seorang saja yang pulang dengan selamat, tetapi akhirnya mati dengan begitu tragis. "Aku dah cakap, kau tak perlu ke mari. Tempat ini, bukan tempat untuk wanita macam kau." Kim Mikwan. Dia tidak suka bekerjasama dengan Ye Ji, kerana wanita itu seorang perfectionis. Segalanya mahu mengikut naluri wanita, menjadikan Mikwan tidak betah menghadap Ye Ji terlalu lama. "Aku nak tahu apa yang berlaku dekat sini. Kenapa setiap kali aku ke mari, air mata aku mengalir sendiri. Dada aku jadi sakit dan berdegup kencang seolah-olah ada sesuatu yang sedang merenjat jantung aku." Hwang Ye Ji. Berharap dapat merungkai segala misteri, namun semakin diselami semakin dia kurang mengerti. "Wahai kesayanganku, aku sudah kembali untuk memenuhi permintaan terakhirmu." - Kang Son Nam. Apakah perkaitan Ye Ji dengan rumah agam Son Nam yang begitu banyak misteri. Mampukah dia merungkai setiap adegan mimpi yang dialami dan siapa pula Kang Son Nam?
1 terjual

Kerana Dia
lucyana.castella
Persahabatan yang sudah lama terjalin sejak kecil di antara Byun Baekhyun dan Im Sai Ra akhirnya berakhir dalam sekelip mata, apabila rahsia yang disimpan mereka selama ini hampir terbongkar. "Aku suka kau..." Im Sai Ra. Namun, perasaan yang hadir tanpa dipinta menyebabkan Sai Ra buntu. Itu sahabatnya, itu teman sepermainannya. Bahkan, perjanjian yang termeterai di antara mereka berdua menjadi penyebab dia perlu memendam rasa. "Kau bukan dia, kau dah lupa?" - Byun Baekhyun. Sai Ra tidak mengerti dengan tindakan Baekhyun yang semakin menjauh. Hubungan mereka retak, seretaknya. Hanya kerana dia bukanlah dia? Adakah salah Sai Ra menyukai teman baik sendiri? "Kerana dia... aku dipasak penjara waktu." Im Sai Ra. Apa sebenarnya yang berlaku? Rahsia apa yang telah disembunyikan mereka berdua? Siapakah Im Sai Ra?

Qaseh Terindah Buat Thaqif
Nasyanur
Cinta yang disemai selama lapan tahun, akhirnya kecundang dalam satu hari saja. Mahu menenangkan hati yang bergelodak kecewa, Nayla pergi bercuti ke Korea Selatan bersama sahabat baiknya. Siapa sangka, di sana dia mengenali seorang jejaka bernama Muhammad Thaqif, abang kandung kepada sahabat Qaseh Nayla. Perkenalan yang hanya berlangsung 2 minggu membawa kepada putik-putik bunga cinta. "Kau nak jadi isteri aku tak?" - Muhammad Thaqif. Thaqif melamar Nayla untuk dijadikan isteri, tetapi Nayla meminta tempoh selama satu tahun untuk memberikan jawapan. "Huh? Abang Thaqif serius ke ni? Perkahwinan bukan satu perkara main-main." - Qaseh Nayla. Dalam tempoh setahun, pelbagai perkara telah berlaku. Mampukah Thaqif menunggu Nayla dan apakah jawapan Nayla untuk lamaran Thaqif?

Forever We Are Young
lucyana.castella
Mempunyai rasa cinta untuk seseorang yang bergelar artis terkemuka di persada dunia, Hwang Aeya terpaksa menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan suka dan duka. Ramai di antara orang yang mengenalinya mengatakan dia terlalu obsesi terhadap Kim Taehyun. Sehinggakan mereka sanggup menghina dan melakukan perkara keji kepadanya. Namun, semua itu tidak pernah menghalang Aeya untuk menebarkan lagi rasa cinta terhadap jejaka itu. Walaupun mereka berbeza darjat, pangkat mahu pun status di antara orang biasa dan orang ada-ada. Cintanya itu tetap subur dan mekar senantiasa. Tetapi siapa sangka, di sebalik kisah cinta yang mendalam bagi seorang Hwang Aeya. Ada sebuah rahsia yang disimpan rapi tanpa pengetahuan sesiapa. “Forever we are young, walaupun dunia kita sudah jauh berbeza. Saya tetap akan berada di sisi awak untuk selamanya. Di dalam kenangan kita.” – Hwang Aeya. Adakah cinta sejati itu wujud dan cinta Aeya terhadap Kim Taehyun akan terbalas? Rahsia apa pula yang Aeya sembunyikan?

Fall, in Love
bysnowdream
Walaupun diputuskan Anas Zikry akibat lelaki itu berlaku curang di belakang Hasya Adira. Tidak bermakna Hasya serik untuk meneruskan kehidupan di kota metropolitan, Korea Selatan. Menerima pekerjaan di tempat dia pernah menjadi 'intern' dahulu menyebabkan Encik Ehsan mengambil keputusan untuk menjodohkan Hasya dengan anak sahabat baiknya. Megat Harees Asyraf, seorang lelaki bersikap dingin. Tetapi, kacak dan pandai dalam segala hal berkaitan pengurusan diri sendiri dan juga IT Operation. Boleh dikatakan sungguh sempurna di mata wanita-wanita yang melihatnya. Tidak terkecuali juga di mata Hasya Adira. "Harees, awak setuju ke dengan cadangan orang tua kita?" - Hasya Adira. “Why not? Perkahwinan itu perkara yang baik. Tak salah pun kalau aku ikut. Kenapa? Kau masih tak boleh move on dengan ex-boyfriend kau tu ke?” - Megat Harees Asyraf. Mereka dijodohkan tanpa rasa cinta. Namun, di saat cinta mereka mula berputik. Satu demi satu kepercayaan Hasya terhadap Harees mulai goyah. Munculnya seorang wanita bernama Park Luna telah menggangu-gugat rumah tangga Hasya dan Harees sehingga membawa kepada keguguran anak pertama mereka. "Kalau aku tak dapat miliki Harees, tiada sesiapa yang boleh miliki dia. Termasuklah kau, Hasya!" - Park Luna. Siapakah Luna? Dan mampukah Harees mengembalikan semula kepercayaan Hasya tentang cintanya hanya untuk Hasya Adira seorang sahaja?

Between You & Me
ema_raimah
Kim Jiyeon, seorang gadis pelajar tahun dua Sekolah Tinggi Victory mengalami kesukaran hidup selepas ditinggalkan oleh Puan Lee tanpa sebab musabab yang kukuh. Maka bermulalah, sebuah kisah perjalanan hidup Jiyeon yang agak terumbang-ambing. Namun dalam kesusahan yang menimpa, seorang lelaki bernama Han Kihyun tidak pernah meninggalkan Jiyeon seorang diri. Walaupun mereka seringkali dianggap sebagai Tom and Jerry. Tetap juga dia sentiasa ada tatkala gadis itu memerlukan seseorang untuk menjadi bahu sandaran derita yang dihadapi. “Tak apa, saya ada. Saya takkan tinggalkan awak, Kim Jiyeon.” – Han Kihyun. “Terima kasih, Yoo Kihyun. Awak selalu ada untuk saya.” – Kim Jiyeon. Tanpa sedar, hubungan teman tapi mesra mereka sedikit demi sedikit berubah arah. Akibat perasaan takut cinta ditolak menghantui diri masing-masing, mereka saling memendam perasaan sehinggalah Jiyeon terpaksa berpindah meninggalkan Kota Seoul. Adakah derita hidup Jiyeon akan berterusan sehingga dia terpaksa meninggalkan Seoul? Bagaimana pula dengan Kihyun? Di antara Jiyeon dan Kihyun, siapakah yang dapat meluahkan rasa cinta terlebih dahulu? Atau mereka akan saling mencintai dalam diam sehingga ke akhirnya?

1000X
gwen
Hubungan percintaan yang terjalin di antara Kang Yuna dan Kim Jae mengundang padah, apabila sahabat baik kepada Jae juga memiliki perasaan cinta terhadap wanita itu. Bermacam cara Lee Min lakukan untuk mendapatkan cinta Yuna sewaktu Jae dilanda kesibukan untuk mengurus syarikat baharu di Busan. Namun, semuanya tidak membuahkan hasil apabila Jae kembali semula ke Seoul dengan keinginan untuk melamar Yuna menjadi isterinya. Kad peringatan yang bertulis ‘hati-hati’ sejak Jae kembali ke Seoul menjadi seribu tanda tanya. Walaupun begitu, dia hanya mengabaikan saja dan terus menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi, siapa sangka akibat mengabaikan kad peringatan itu. Akhirnya, berlaku satu tragedi hitam yang langsung tidak terbayang dek akal fikiran. “Oppa saranghae.” – Kang Yuna. Itulah ungkapan terakhir yang Jae dengari sebelum dunia berubah menjadi gelap-gelita tanpa sinaran cahaya. Apa yang telah berlaku? Siapa yang menghantar kad amaran tersebut? Bagaimana pula dengan perancangan Jae untuk melamar Yuna, adakah berjaya?

Cahaya Baru
lucyana.castella
Sebuah cinta perlukan pengorbanan, begitulah juga dengan seorang lelaki bernama Daim Irsyad. Ditinggalkan pada hari pernikahan bukan sesuatu yang mudah untuk diterima begitu saja. Tiada alasan yang kukuh diberikan sehingga mengundang pandangan jelek daripada ahli keluarga. Setiap waktu, kejadian memalukan itu diungkit membuatkan dia sukar untuk melupakan atau pun 'move on' daripada kisah lalu. Namun semua itu mulai berubah, di saat-saat akhir dia sedang bertarung dilema untuk terus bertahan. Hadirnya Jasmeen Farzira, mulai menyuluh kehidupannya. Demi Jasmeen, dia bangkit dan kembali bernyawa. Namun, siapa sangka ada kisah hitam di sebalik semua kejadian yang berlaku. "Cahaya baru ini, adalah cahaya yang menyuluh hidup aku." - Daim Irsyad. "Tapi cahaya ini juga akan malap apabila tiba waktunya." - Amilin Sofea. Mampukah Daim mempertahankan cahaya kehidupannya? Rahsia hitam apa yang sedang menganggu? Dan siapa pula Amilin Sofea? Semuanya dalam e-buku terbaru terbitan Lucyana Publicartion yang bertajuk Cahaya Baru.

Cheonsa, Saranghae!
lucyana.castella
Rapuhnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu dan ayah seringkali berkelahi antara satu sama lain. Kesusahan ibu menjadi pembakar semangat Nam Woojin untuk mengejar cita-citanya. Mahu menjadi seorang Idol dalam industri hiburan tanah air, itu adalah impiannya sejak kecil. "Ibu, izinkan saya bantu ibu." - NAM WOOJIN Nekad dihati terus dilaksanakan tanpa menunggu persetujuan dari ibu dan ayahnya. Namun, kedatangan seorang gadis bernama Bella Kim dalam hidup Woojin telah mewujudkan rasa cintanya terhadap gadis itu. Tetapi... "Apa awak fikir ni Woojin? Saya cuma anggap awak kawan je. Tak lebih dari itu," - BELLA KIM Rasa terkilan perlu ditelan apabila gadis yang dianggap sebagai cinta sampai mati menolak keinginan hatinya untuk berhubungan dengan serius. Dalam waktu yang sama, hadirnya seorang gadis bernama Jung Sherin datang membantu keluarga Woojin. Gadis polos tetapi mempunyai keazaman yang tinggi. Tidak kenal erti putus asa dan sentiasa memberikan dorongan kepada Woojin tanpa lelaki itu sedari. "Woojin, saya datang nak beritahu awak sesuatu. Saya ikhlas nak bantu awak dan keluarga awak. - JUNG SHERIN Niat Sherin disalah ertikan, baginya gadis itu benar-benar pengacau terutama antara hubungan cintanya dengan Bella Kim. "Dahlah perempuan, jangan suka masuk campur urusan aku boleh tak?" -NAM WOOJIN Namun, keegoannya yang terlalu tinggi telah membawa kepada satu tragedi. Kehilangan yang dirasa dirasai amatlah merintihkan hati. "Kenapa? Kenapa mereka harus pergi, aku belum cukup kuat untuk menganggung rasa sakit ni." - NAM WOOJIN

Eomma
lucyana.castella
"Terpurukku sendiri, rupanya jawapan itu sudah lama diketahui." Nam Woohyun, seorang remaja lelaki yang hidup seperti remaja lain. Mempunyai ibu dan ayah yang penyayang dan begitu prihatin. Namun begitu, kehadiran seorang gadis bernama Kim Yuna telah merubah segalanya. Keluarga yang harmoni sekelip mata hancur begitu saja! "Aku tak kisah kau nak buat apa pun, tapi kalau melibatkan eomma... Aku tak boleh maafkan kau!" – NAM WOOHYUN "Tunggu! Tolong dengar dulu penjelasan saya." – KIM YUNA Siapakah Kim Yuna yang sebenarnya? Mengapa dengan kehadirannya mampu membuatkan sebuah keluarga porak-peranda? Semuanya dalam kisah Eomma...

The Devil Eomma
lucyana.castella
Menjadi seorang remaja lelaki belasan tahun yang dihadapkan dengan kepahitan dunia, hal itu membuatkan Nam Woohyun hilang sebahagian daripada dirinya sendiri. Kerana terkesan dengan kekejaman yang dilakukan oleh seseorang yang bergelar ayah terhadap ibu kandungnya, akhirnya menjadikan dia seorang yang dingin. Terutama sekali apabila berada di hadapan keluarganya. "Kau sepatutnya dah mati! Kalau tak, tak adalah kau menyusahkan aku!" Nam Seokjin. Keganasan rumah tangga yang berlaku telah membawa padah kepada Nam Woohyun. Dia juga turut menjadi mangsa tanpa disedari. Namun, kehadiran rakan-rakan lain sedikit sebanyak dapat mengubati kelukaan dalam hati Nam Woohyun. Sehinggakan boleh terwujudnya rasa sayang terhadap seorang gadis bernama Han Yuna. Namun, sesuatu telah berlaku dalam perhubungan mereka. "Tiada siapa yang boleh merampas hak aku untuk kali kedua. Tak kira kau siapa sekalipun, kau tetap musuh aku!" - Kim Illsan. Apa yang sebenarnya telah berlaku dalam hubungan percintaan Woohyun dan Yuna? Siapa pula Kim Illsan? Mampukah Woohyun melepaskan diri daripada segala konflik yang tak putus-putus membelenggu hidupnya?

Gadis Brutal
lucyana.castella
Akibat cuba menangkis gejala buli yang menimpa rakan sebaya, nama Tayla Irya menjadi perbualan hangat para pelajar apabila dia pula yang dituduh sebagai pembuli tegar. Setelah digantung, akhirnya Tayla dibuang sekolah dan terpaksa mendaftarkan diri ke Sekolah Elite untuk memulakan kehidupan baru. Namun di sekolah baru, Tayla bertemu kembali dengan Izan Ray. Lelaki yang pernah menjadi kekasih di sekolah lama. Tetapi, Izan yang dia kenal sudah berubah. Daripada seorang lelaki yang budiman menjadi pembuli di mana sikap itu amat bercanggah dengan prinsip hidup seorang Tayla Irya. Kemunculan Jebat Jayden yang merupakan pewaris Presiden Bandaraya Metro dan ketua pembuli di Elite School, diam-diam telah jatuh hati pada Tayla. Tetapi, prinsip Tayla yang tegas menjadikan mereka sentiasa berbalah. “Tay, stoplah main gila dengan Jebat. Aku tak nak, kau diapa-apakan. Kau belum kenal siapa Jebat Jayden.” – Izan Ray. “Aku boleh lepaskan kau, tapi dengan satu syarat. Aku nak kau, jadi kekasih aku.” – Jebat Jayden. Dalam dunia yang dikawal kuasa, pengaruh dan manipulasi, mampukah Tayla terus berdiri teguh mempertahankan prinsipnya? Atau akan rebah dalam permainan cinta dan dendam?

Izinkan Aku Pergi
lucyana.castella
Hubungan yang tidak direstui benarkah tidak akan aman kehidupan sebuah rumah tangga? Menjadi seorang lelaki yang diberi tanggungjawab sebagai ketua keluarga amatlah berat. Nampak saja mudah di mata dunia, namun tidak semudah yang disangka. Mahu mempertahankan cinta dan harmoninya sebuah keluarga selepas dibuang kerja menjadikan Emir Asyraf tidak tentu arah dan sempat juga hampir hilang akal untuk meneruskan kehidupan. Namun, di sampingnya ada seorang wanita yang cukup cekal menghadapi segala ujian perit getir hidup berumah tangga. Tetapi, demi sebuah rahsia yang disimpan dan kebahagiaan bersama. Dia nekad untuk pergi meninggalkan Nurul Sahara selamanya. "Kenapa? Apa salah saya sampai awak boleh berubah macam ni?" - Nurul Sahara. "Izinkan aku pergi, aku dah tak boleh tengok muka kau lagi." - Emir Asyraf. Mengapa rumah tangga yang penuh dengan cinta, akhirnya mengundang sebuah perpisahan yang penuh dengan tanda tanya? Rahsia apa yang perlu Emir simpan tanpa pengetahuan Sahara?

GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR
fizzah shah
Arsha Nazeeya, seorang yang kasar, keras kepala dan suka melawan cakap orang. Kerjanya tahu melepak dan merempit dengan kawan sampai kerap dibebel oleh emaknya. Kemunculan Umar Hamzaa, anak kepada kawan ayahnya menambah sakit kepalanya. Hari-hari mak dia meratib memuji lelaki itu sampai dia naik meluat. “Ish, kamu ni… Umar tu hensem, kerja cikgu, berduit dan hormat orang tua. Takkan kamu tak sukakan dia?” - Puan Naemah “Mak, takkanlah sepuluh orang macam cikgu Umar tu datang, semuanya Zeeya nak rembat…” - Arsha Nazeeya Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai KAWAN sahaja. Tapi lelaki itu pula terjatuh hati dan melamar dia tanpa pengetahuannya. “Mak dan ayah dah bincang tadi. Dan kami dah terima lamaran Umar.” - Puan Naemah Maka, setelah didesak emaknya, bersatu jua dia dengan Cikgu Umar a.k.a Ustaz Umar. Baru je dia bahagia melayari rumahtangga dengan Umar Hamzaa, muncul pula Cikgu Haiza a.k.a kawan suaminya yang menghina dia. "Suami awak tu ustaz. Sepatutnya awak pakai macam saya. Sebagai isteri, awak kena jaga imej dan maruah suami awak. Jangan sampai orang mengata suami awak tu dayus sebab tak tegur pemakaian isteri sendiri pula." - Haiza Perempuan kasar, keras kepala, tak up to date? Dia boleh terima sebab itu memang betul. Tapi bila dia digelar perempuan tak jaga maruah diri dan suami, itu memang tempah maut. Lagi-lagi bila dia nampak Haiza tergedik-gedik dengan suaminya. Mulalah perangai brutal dia keluar balik setelah lama dipendam sejak kahwin dengan Umar. RASAKAN PENANGAN GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR!

Aku Tak Single!
lucyana.castella
Seringkali orang menganggap dia sebagai seorang gadis bujang. Ke mana-mana dia hanya sendiri, sedangkan hakikatnya dia sudah pun mempunyai suami. Tetapi, status suami itu hanya sebatas nama saja. Perkahwinan mereka hanyalah di atas kertas. Kalau bukan kerana mahu membiayai perubatan ibunya, dia takkan bersetuju untuk menjadi isteri pada lelaki itu. Irene Amalisa, seorang gadis yang penuh elegan dan sukakan cabaran. Tetapi seringkali dilabel single gara-gara tiada seorang pun tahu yang dia sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki kaya bernama Alan Kim. "Perkahwinan kita hanya atas kertas. Di rumah, saya akan layan awak selayaknya seorang isteri. Tapi di luar, kita berdua ialah orang asing." - Alan Kim Kewujudan Malik Awira yang asyik mengejarnya membuatkan dia tidak keruan. Mahu mengaku dia sudah berkahwin, syaratnya dia perlu rahsiakan perkahwinan jika tidak statusnya sebagai isteri akan gugur. "Awak tahu tak? Setiap kali saya tengok awak, hati ni rasa nak ikut aje ke mana awak pergi. Sudi tak awak terima saya sebagai suami?" - Malik Awira. Bagaimana dia mahu berterus-terang pada Malik tentang statusnya sebagai seorang isteri andai Alan sendiri tidak mahu rahsia mereka terbongkar?

Luahan Kedua
lucyana.castella
Berawal dengan luahan pertama yang dihantar melalui pesanan ringkas, kehidupannya terus berubah drastik. Dia dikecam, dituduh dan difitnah sesuka hati oleh orang sekeliling. Sungguh dia sendiri tidak tahu mengapa semua ini boleh berlaku dalam sekelip mata. Sepatutnya kisah cinta monyet pada zaman remajanya menjadi memori indah untuk diingati. Namun sebaliknya ia menjadi satu malapetaka besar yang memberi mimpi ngeri, sehingakan dia terpaksa bertukar sekolah. Semua itu demi menjauhi si crush. Iaitu seorang lelaki yang ternyata memiliki aura yang mampu "membunuhnya". Akibat daripada kejadian yang berlaku ketika di sekolah menengah, Dayang Arina akhirnya nekad tidak mahu bercinta dengan sesiapa. Termasuklah mencari jodoh hatta pasangan sehidup semati sekalipun. Itu azamnya! Titik. Namun, muncul dua orang lelaki di tempat kerjanya berjaya membuat dia tidak keruan. Seorang berperangai selamba serta menjengkelkan. Manakala seorang lagi bersikap cool sentiasa. Di antara dua lelaki itu, salah seorang merupakan crushnya yang pernah menerima luahan pertama suatu ketika dulu. Luahan pertama seorang Arina kepada crushnya mungkin gagal. Lalu bagaimana pula dengan luahan kedua? Mampukah dia membuka semula hati kepada salah seorang daripada mereka yang sedang mengejar cintanya?

Yes, Sir! Until You Broke Me
lucyana.castella
Di zaman globalilasi yang semakin pesat dengan teknologi, ramai orang sedang berpusu-pusu mencari kerja di sana dan sini. Tidak terlepas juga seorang gadis bernama Naina Amira. Sudah puas dia mencari kerja di merata tempat, tanya saja interview apa tidak pernah dia hadiri? Stesen minyak petro pam? Butik pakaian? Kedai makan? Semuanya sudah! Tetapi sayangnya, semua tempat yang dia bertanya akan memberikan jawapan 'maaf, tempat kami dah penuh.' Walaupun begitu, Naina tidak pernah berputus asa untuk mencari kerja yang boleh memberi dia wang ringgit bagi menyara kehidupan sehelai sepinggang. Sehinggalah suatu hari, dia mendapat peluang untuk bekerja menjadi cleaner di salah sebuah hotel. Teruja sungguh dibuatnya! "Ini, ini, itu, semuanya awak yang kena bersihkan. Jangan tinggal secalit habuk pun. Faham!" - ZAIRIL ADAM. "Yes, sir!" - NAINA AMIRA. Disebabkan kerja yang dia peroleh itu adalah sebagai cleaner dan di antara semua pekerja yang sedia ada, dia adalah pendatang baru serta paling muda. Segala arahan si tuan empunya hotel sentiasa disahut dengan 'Yes, sir!' Zairil suka membuli tanpa dia sedar itu adalah satu bulian. Tidak pernah terdengar rungutan mahupun rasa sebal sepanjang Naina bekerja di bawah arahannya. Sehingga menimbulkan rasa hairan pekerja-pekerja yang lain. "Saya nak awak teman saya pergi dinner malam ni." ZAIRIL ADAM. "Yes, sir! Eh?" - NAINA AMIRA. Pelik bin ajaib, dia seolah-olah menjadi pak turut kepada Zairil. Tetapi! Hari itu, dia terkejut dengan ajakan si bos. Seterusnya, ajakan itu telah membawa mereka ke satu tragedi yang tidak dapat dielakkan untuk selama-lamanya. Tragedi itu meragut kesetiaan Naina kepada Zairil yang selama ini diberikan satu trademark 'Yes, sir!' Sudah hilang Naina yang patuh, sebaliknya muncul seorang Naina yang keras kepala. Dia cuba melarikan diri sejauh yang mungkin. Tetapi, apa daya yang dia ada? Sejauh mana dia melarikan diri, dia tidak dapat mengelak daripada tragedi hitam yang melanda diri.

From Contract To Jannah
lucyana.castella
Farah Anisa dan Kim Hongjoong merupakan dua insan yang susah untuk akur. Dari zaman universiti lagi pasti ada saja persaingan yang akan berlaku, selalu ada saja jengkel dan bergaduh antara mereka. Tidak hairanlah rakan sekerja lain sudah masak dengan gelagat mereka. Suatu hari, majikan hantar memo yang mewajibkan Farah dan Hongjoong sertai program percutian syarikat untuk 'membangun kerjasama'. Tapi, kedua-dua mereka langsung membantah dan cuba untuk mengugurkan nama daripada program tersebut. Sementara itu, Puan Hongju, ibu Hongjoong telah merancang untuk menjodohkan Hongjoong dengan gadis pilihannya. Untuk mengelak, Hongjoong turut merancang sesuatu dengan menarik Farah ke dalam permasalahan keluarganya. "Aku tak nak kahwin lagi, tapi eomma aku suka sangat mendesak. Jadi, aku nak kahwin dengan kau." - Kim Hongjoong. "What? Awak dah gila ke Encik Hongjoong!" - Farah Anisa. Masing-masing ego, tak mahu mengaku perasaan yang semakin bercambah di dalam hati. "Ini kontrak, aku tak kesahlah kau nak terima ke tidak. Yang penting, hujung minggu ni aku bawa kau ke rumah eomma." - Kim Hongjoong. "Gila betul laki ni. Aku tak kata setuju pun, dia dah campak kontrak kat muka aku!" - Farah Anisa. Mereka berdua terus bertembung kepala, ego masing-masing tak mahu mengaku tentang perasaan yang mula bercambah. Bila kontrak perkahwinan yang mula-mula cuma helah, akhirnya menjadi semakin dekat. Tapi, mereka kena hadapi perbezaan budaya, adat, dan agama yang sememangnya mencabar. Adakah mereka mampu mengubah kontrak ini menjadi cinta sejati dan mungkin jannah bersama? Atau semua ini cuma drama seperti kebiasaannya?

Mimpi Zulaikha
lucyana.castella
Zulaikha Aisara, gadis kota yang hidup semuanya terlihat sempurna. Sedikit pun tidak pernah merasai kekurangan walaupun ibunya, Datin Zuhairah Arini merupakan ibu tunggal. Namun, semua itu telah berubah dalam sekelip mata selepas Datin Zuhairah meninggal dunia. Zulaikha atau senang dipanggil Ikha mula mengalami sebuah mimpi yang bersambung dari satu mimpi ke satu mimpi yang lain. Semua mimpi yang dialami, memberi Ikha satu petanda misteri tatkala apa yang dialami ketika berada di dalam dunia minda separa sedar berubah menjadi sebuah realiti. Bertambah aneh, apabila Ikha mendapati selendang merah peninggalan arwah ibunya yang ditemui ketika sedang mengemas rumah untuk berpindah adalah selendang yang sama seperti selendang yang diberikan oleh seseorang di dalam mimpi. Setelah selendang itu dijumpai, mimpi Ikha semakin pelik dan menyeramkan. Dia diminta untuk membuka sebuah pintu ke alam ghaib oleh Dayang Surina, wanita anggun yang seringkali muncul di dalam mimpi dan ingin menyerahkan selendang merah itu kepadanya. Kemunculan Azrul datang mendekati Ikha, mahu memberi bantuan menambahkan lagi misteri dan aneh terhadap mimpi yang dialami. Apakah kaitan mimpi Ikha dengan selendang merah? Adakah pertolongan Azrul diterima oleh Ikha atau pun dia menolak kerana tidak mempercayai mimpi sendiri?

Aurora & Sepuluh Temu Janji
Fiona Florisca Jominis
Aurora Angel John, 35 tahun, hanya mahu hidup dengan tenang sebagai editor majalah. Jauh daripada soal cinta dan drama kehidupan orang lain. Namun adiknya, Violet, mempunyai perancangan lain untuk Aurora iaitu 10 temu janji bersama 10 lelaki berbeza dalam tempoh satu tahun sebelum kakaknya mencecah umur 36 tahun. Akhirnya, Aurora terpaksa membuka hati dan melangkah ke dunia temu janji yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Lucu, janggal dan manis, semuanya ada. Tapi sesuatu yang lebih gelap sedang berlaku di bandar mereka. Satu demi satu wanita muda ditemui mati. Persamaan antara mangsa mula menghantui fikiran Aurora kerana semuanya berkait dengan lelaki yang pernah dia temui. Tatkala peluang mencari cinta dan pasangan hidup bertukar menjadi permainan minda seorang pembunuh misteri, mampukah Aurora menemui cinta sejati atau kegelapan terlebih dahulu menyentuh hatinya?

Nak Saya Balik Tak?
arinazt
Perkahwinan Madhiah Inara dan Rifdi Akasya pernah seindah mimpi. Manis, lembut dan penuh dengan kasih sayang. Namun, segalanya berubah apabila cemburu Rifdi semakin menjadi-jadi sehingga meretakkan rumah tangga yang selama ini kelihatan sempurna. Percutian mereka ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila layanan kasar dan pertengkaran berpanjangan mengganggu kandungan Inara. Retak semakin parah apabila melibatkan pula isu perebutan harta keluarga Rifdi menambahkan lagi tekanan yang ada. Hati Inara hancur dan memilih untuk pergi tatkala Rifdi langsung tidak ingat apa-apa. Apabila ingatan kembali jelas, penyesalan mula menghantui Rifdi. Perlahan-lahan kesedaran menggigit hati apabila Inara sudah tiada di sisi. Kini, Rifdi ingin membuang ego sejauh mungkin. Dia mahu berjuang mencari isterinya semula. Namun mampukah cinta mereka kembali pulih atau segalanya sudahpun terlewat?

Seharum Mawar Berduri
rhubiram
Hamra Fitriani masih dihantui trauma masa lalu, fitnah mencuri telefon pengetua yang pernah meruntuhkan maruah dan keyakinannya sebagai ketua pengawas sekolah. Luka itu menjadi parut yang sukar dipadam. Pertemuan semula antara Hamra dan Kaisar di sebuah kedai bunga tempat dia berteduh pada hari hujan membuka kembali luka yang cuba dia lupakan selama ini. Keadaan bertambah rumit apabila Fiana cuba menjodohkan Hamra dengan sepupu yang sebenarnya ialah Kaisar sendiri. Namun temu janji itu berakhir dengan salah faham. Kerana terlalu segan, Kaisar meminta rakannya Izz menggantikan tempatnya. Selepas lama berdiam, Kaisar memberanikan diri untuk tampil jujur dan menghampiri Hamra semula. Namun di antara hujan yang turun dan jambangan mawar merah yang menjadi saksi, mampukah hubungan mereka perlahan-lahan tumbuh. Sementara Hamra masih belajar untuk mempercayai dan membuka ruang hatinya sekali lagi?

Hati Yang Membisu
lucyana.castella
Amara Selena, 17 tahun. Senyap, diam dan memendam retak yang tak pernah sembuh. Tidurnya jarang lena, pertengkaran ibu dan ayah menjadi rutin... rumah yang dilihat indah di media sosial sebenarnya hanya topeng kepada derita yang membusuk dalam diam. Dan di tengah kekacauan itu muncul Kael Ayden, satu-satunya cahaya yang Amara kenali. “Saya janji, Amara. Saya akan lindungi awak.” – Kael Ayden. Kael adalah ruang selamatnya. Nafas tenangnya. Tempat dia belajar untuk hidup. Namun segalanya hancur sekelip mata. Kael hilang. Desas-desus mula tersebar. Kael disahkan mati. Dunia Amara kembali gelap. Cahayanya padam. Janjinya runtuh. “Kau janji akan lindungi aku? Mustahil kau mati seawal itu.” – Amara Selena. Pada orang lain, Kael sudah tiada. Tapi bagi Amara, Kael masih hidup. Meski hanya sebagai bayang-bayang yang terus memanggil namanya...

Aku Isteri Tuan Harif
lucyana.castella
Laisya Adriana kehilangan segalanya selepas kematian keluarga. Demi melangsaikan hutang keluarga dan pengajian di London, dia nekad untuk menjadi kekasih gelap Tuan Harif tanpa mengetahui yang lelaki itu sudah beristeri! "Saya nak jadi isteri yang sah." - Laisya Adriana "Bukan ke you cuma nak duit saja?" - Tuan Harif Namun, dosa yang kian menjerat membuatkan Laisya memilih jalan halal. Dia hanya mahukan perlindungan, bukan cinta dan tanpa sedar Tuan Harif bersetuju, tetapi dengan satu syarat. "I akan layan you sama saja macam sebelum kita berkahwin." Walaupun rasa seperti tidak adil dengan layanan begitu, Laisya tetap bersetuju. Konflik mula memuncak apabila Suzana, isteri pertama Tuan Harif tidak mahu melepaskan lelaki itu selepas mengetahui yang dia sudah dimadukan tanpa rela. "You sanggup lepaskan I hanya kerana perempuan simpanan you? Are you insane!" Antara tanggungjawab dan kehendak hati, mampukah Laisya bertahan sebagai isteri sah kepada Tuan Harif yang masih terperangkap dalam bayangan masa lalunya?

Crush, Next Door!
lucyana.castella
Bercakap tentang crush, sudah pastilah ramai di kalangan kita semua ada dan pernah crushkan seseorang bukan? Begitu juga dengan Liyana Syakil. Seorang gadis yang baru saja tamat pengajian sarjana muda di Malaysia dan terbang jauh ke Korea Selatan hanya untuk bercuti di rumah ibu saudara. Siapa sangka kehadiran Liyana di kejiranan sebuah apartmen mewah pada hari pertama dia jejakkan kaki di Korea telah membawa kepada huru-hara yang amat dahsyat! "Apa ni? Lepaskan sayalah... Awak ni siapa, ha? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba main tarik tangan saya?" - Liyana Syakil. Pertama kali bertemu, Liyana dikejar wartawan gara-gara tertangkap dia sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki yang dia langsung tak kenal siapa. "Aku perlukan kau untuk jadi kekasih aku sementara waktu. Kau nak aku bayar berapa? Bagi tahu saja, nanti manager aku akan uruskan semuanya." - Kim Hanbin. Semua percaturan itu kerja gila! Dia ke sana untuk bercuti, bukannya untuk menjadi kekasih kepada lelaki yang dia sendiri tak kenal siapa gerangannya. Namun begitu, kejadian dikejar wartawan setiap hari buat Liyana tidak keruan. Daripada musuh, bertukar menjadi crush! Mampukah Liyana bertahan sepanjang tempoh dia menjadi kekasih palsu Kim Hanbin?

MAWAR ARDANEE DIKEJAR BEKAS ABANG IPAR
fizzah shah
Lima tahun lalu, Nasrul Haq memilih untuk meninggalkan Malaysia selepas rumah tangganya musnah akibat sebuah pengkhianatan. Bukan kerana dia sudah berhenti mencintai, tetapi kerana dia percaya tiada lagi yang perlu dipertahankan. Namun kepulangannya mengubah segalanya... Haq dikejutkan dengan satu hakikat yang merobek hati. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang tidak pernah diketahuinya selama ini. Lebih menyakitkan, bekas isterinya telah meninggal dunia empat tahun lalu dalam satu kemalangan jalan raya, meninggalkan anak perempuan mereka di bawah jagaan bekas adik iparnya, Mawar Ardanee. “Kau ni banyak tengok drama, Mawar. Terlalu paranoid. Aku tak tahu racun apa yang Munirah tu bagitahu kau pasal aku, sampai kau ada fikiran negatif terhadap aku." - Nasrul Haq "Encik takkan dapat hak jaga Awleeya. Saya jaga dia daripada bayi dan masa tu encik tinggalkan dia. Encik Haq tak boleh sesuka hati ambil dia dari saya, penjaga utama dia." - Mawar Ardanee Bagi Mawar, Nasrul Haq tetap lelaki yang bersalah. Lelaki yang pernah menceraikan kakaknya tanpa belas kasihan. Selagi kebenaran tidak terbongkar, selagi itulah dia akan mempertahankan Awleeya daripada kembali kepada ayah kandungnya. Di sebalik kebencian yang mula runtuh, Haq pula menyimpan satu harapan yang tidak pernah disangka oleh Mawar. Dia bukan sekadar mahu mendapatkan semula hak sebagai seorang ayah, tapi mahu menjadikan Mawar sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Mampukah Mawar menerima lamaran bekas abang iparnya setelah mengetahui kebenaran yang selama ini disembunyikan? Atau trauma dan rasa bersalah terhadap arwah kakaknya akan terus menjadi penghalang kepada sebuah keluarga yang akhirnya berpeluang untuk kembali sempurna?

MIZYAN SALAH PILIH ISTERI
fizzah shah
Disangkakan perkahwinan Syed Mizyan akan sentiasa menyinar, tapi rupanya suram pada tahun keenam. Perangai si isteri yang tidak menghormati dia sebagai suami dan keluarga mentua yang tak pernah terima dia membuatkan dia makin rebah. Dalam hati masih ada rasa sayang tapi semuanya dipijak sehingga hancur lebur oleh si isteri. Nonie, wanita itu tak pernah berpihak kepadanya. Wanita itu juga tak mampu nak luluhkan hati emaknya untuk terima Mizyan. "I pelik dengan perangai adik-beradik you tu. Mulut kemain celupar mengata I. Tapi bila perlukan duit je, mula suruh you mengemis duit I. Kenapa dia tak datang hadap I sendiri? Malu sebab tak rapat dengan I, tapi sara diri guna duit abang ipar yang dia benci?" - Mizyan Dek terlalu sakit hati dipergunakan sekian lama, dia memutuskan untuk berpisah. Berpisah bukan kerana tak cinta, tapi dia juga ada hak dan keluarga yang perlu dipertahankan. Dia memilih untuk menjaga hati diri sendiri, tapi keluarga belah sana masih tak serik mengacau dia. "Nonie Nadirah binti Nazeem, I ceraikan you dengan talak tiga." - Syed Mizyan "You akan menyesal, Mizyan." - Nonie Nadirah "No, aku takkan pernah menyesal ceraikan perempuan macam kau. Kau balik ke sana, ceritakan pada semua family kau yang aku dah buang kau. Mesti diorang happy sebab akhirnya aku lepaskan kau ke pangkuan diorang juga. Go and raikan hari kebebasan kau sekarang." - Syed Mizyan Dan akhirnya pembebasan Nonie disambut gembira oleh emak Nonie sendiri. "Terima kasih sebab lepaskan anak aku. Aku sujud syukur sangat, sebab akhirnya anak aku terlepas daripada lelaki tak guna macam kau!" - Puan Gayah Akhirnya, perkara yang dia tak pernah jangka akan terjadi telah pun terjadi. Tak sia-sia tekad yang dia buat untuk meleraikan ikatan mereka kerana dia juga LAYAK BAHAGIA. Buat apa dia menghabiskan sisa hidupnya dengan perempuan yang cuba menjatuhkan dia dalam diam?
Novel Fizikal
Koleksi Buku Cetak Terhad
Karya Anda, Dibaca Ribuan Hati
Pilih jalan penulisan yang sesuai untuk anda — cerpen pendek, manuskrip penuh, atau cerita bersiri percuma.
Program Affiliate Lucyana Veloria
Promosikan karya kami dan jana komisen tanpa had! Kongsi pautan unik anda dan terima komisen bagi setiap pembelian.
Sertai SekarangDaftar Percuma
Sertai tanpa yuran pendaftaran
Promo & Kongsi
Kongsi pautan unik anda dengan mudah
Jana Komisen
Terima komisen bagi setiap pembelian
Bookseller Marketplace
Jual eBook digital dan novel fizikal anda di platform mewah Lucyana Veloria. Seller keep 85% dari setiap jualan.
Sertai Sebagai SellerDaftar Percuma
Sertai tanpa yuran pendaftaran
Upload Karya
eBook digital atau novel fizikal — semua dipaparkan elegan
Payout 85%
Komisen platform 15% sahaja
















































































