Luderia

Between You & Me

ema_raimah

3 bab percuma

20Views
Belum ada ulasan >

Kim Jiyeon, seorang gadis pelajar tahun dua Sekolah Tinggi Victory mengalami kesukaran hidup selepas ditinggalkan oleh Puan Lee tanpa sebab musabab yang kukuh. Maka bermulalah, sebuah kisah perjalanan hidup Jiyeon yang agak terumbang-ambing. Namun dalam kesusahan yang menimpa, seorang lelaki bernama Han Kihyun tidak pernah meninggalkan Jiyeon seorang diri. Walaupun mereka seringkali dianggap sebagai Tom and Jerry. Tetap juga dia sentiasa ada tatkala gadis itu memerlukan seseorang untuk menjadi bahu sandaran derita yang dihadapi. “Tak apa, saya ada. Saya takkan tinggalkan awak, Kim Jiyeon.” – Han Kihyun. “Terima kasih, Yoo Kihyun. Awak selalu ada untuk saya.” – Kim Jiyeon. Tanpa sedar, hubungan teman tapi mesra mereka sedikit demi sedikit berubah arah. Akibat perasaan takut cinta ditolak menghantui diri masing-masing, mereka saling memendam perasaan sehinggalah Jiyeon terpaksa berpindah meninggalkan Kota Seoul. Adakah derita hidup Jiyeon akan berterusan sehingga dia terpaksa meninggalkan Seoul? Bagaimana pula dengan Kihyun? Di antara Jiyeon dan Kihyun, siapakah yang dapat meluahkan rasa cinta terlebih dahulu? Atau mereka akan saling mencintai dalam diam sehingga ke akhirnya?

Luderia
ema_raimah

ema_raimah

Semua 2 Karya · Pengikut 1

RM18.00

Bab Preview Tersedia

3 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.

0.0

0 ulasan

Berikan Ulasan

eBook Lain yang Mungkin Anda Suka

GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR
Luderia
RM16.00

GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR

fizzah shah

Arsha Nazeeya, seorang yang kasar, keras kepala dan suka melawan cakap orang. Kerjanya tahu melepak dan merempit dengan kawan sampai kerap dibebel oleh emaknya. Kemunculan Umar Hamzaa, anak kepada kawan ayahnya menambah sakit kepalanya. Hari-hari mak dia meratib memuji lelaki itu sampai dia naik meluat. “Ish, kamu ni… Umar tu hensem, kerja cikgu, berduit dan hormat orang tua. Takkan kamu tak sukakan dia?” - Puan Naemah “Mak, takkanlah sepuluh orang macam cikgu Umar tu datang, semuanya Zeeya nak rembat…” - Arsha Nazeeya Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai KAWAN sahaja. Tapi lelaki itu pula terjatuh hati dan melamar dia tanpa pengetahuannya. “Mak dan ayah dah bincang tadi. Dan kami dah terima lamaran Umar.” - Puan Naemah Maka, setelah didesak emaknya, bersatu jua dia dengan Cikgu Umar a.k.a Ustaz Umar. Baru je dia bahagia melayari rumahtangga dengan Umar Hamzaa, muncul pula Cikgu Haiza a.k.a kawan suaminya yang menghina dia. "Suami awak tu ustaz. Sepatutnya awak pakai macam saya. Sebagai isteri, awak kena jaga imej dan maruah suami awak. Jangan sampai orang mengata suami awak tu dayus sebab tak tegur pemakaian isteri sendiri pula." - Haiza Perempuan kasar, keras kepala, tak up to date? Dia boleh terima sebab itu memang betul. Tapi bila dia digelar perempuan tak jaga maruah diri dan suami, itu memang tempah maut. Lagi-lagi bila dia nampak Haiza tergedik-gedik dengan suaminya. Mulalah perangai brutal dia keluar balik setelah lama dipendam sejak kahwin dengan Umar. RASAKAN PENANGAN GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR!

 

MIZYAN SALAH PILIH ISTERI
Luderia
RM18.00

MIZYAN SALAH PILIH ISTERI

fizzah shah

Disangkakan perkahwinan Syed Mizyan akan sentiasa menyinar, tapi rupanya suram pada tahun keenam. Perangai si isteri yang tidak menghormati dia sebagai suami dan keluarga mentua yang tak pernah terima dia membuatkan dia makin rebah. Dalam hati masih ada rasa sayang tapi semuanya dipijak sehingga hancur lebur oleh si isteri. Nonie, wanita itu tak pernah berpihak kepadanya. Wanita itu juga tak mampu nak luluhkan hati emaknya untuk terima Mizyan. "I pelik dengan perangai adik-beradik you tu. Mulut kemain celupar mengata I. Tapi bila perlukan duit je, mula suruh you mengemis duit I. Kenapa dia tak datang hadap I sendiri? Malu sebab tak rapat dengan I, tapi sara diri guna duit abang ipar yang dia benci?" - Mizyan Dek terlalu sakit hati dipergunakan sekian lama, dia memutuskan untuk berpisah. Berpisah bukan kerana tak cinta, tapi dia juga ada hak dan keluarga yang perlu dipertahankan. Dia memilih untuk menjaga hati diri sendiri, tapi keluarga belah sana masih tak serik mengacau dia. "Nonie Nadirah binti Nazeem, I ceraikan you dengan talak tiga." - Syed Mizyan "You akan menyesal, Mizyan." - Nonie Nadirah "No, aku takkan pernah menyesal ceraikan perempuan macam kau. Kau balik ke sana, ceritakan pada semua family kau yang aku dah buang kau. Mesti diorang happy sebab akhirnya aku lepaskan kau ke pangkuan diorang juga. Go and raikan hari kebebasan kau sekarang." - Syed Mizyan Dan akhirnya pembebasan Nonie disambut gembira oleh emak Nonie sendiri. "Terima kasih sebab lepaskan anak aku. Aku sujud syukur sangat, sebab akhirnya anak aku terlepas daripada lelaki tak guna macam kau!" - Puan Gayah Akhirnya, perkara yang dia tak pernah jangka akan terjadi telah pun terjadi. Tak sia-sia tekad yang dia buat untuk meleraikan ikatan mereka kerana dia juga LAYAK BAHAGIA. Buat apa dia menghabiskan sisa hidupnya dengan perempuan yang cuba menjatuhkan dia dalam diam?

 

MAWAR ARDANEE DIKEJAR BEKAS ABANG IPAR
Luderia
RM17.00

MAWAR ARDANEE DIKEJAR BEKAS ABANG IPAR

fizzah shah

Lima tahun lalu, Nasrul Haq memilih untuk meninggalkan Malaysia selepas rumah tangganya musnah akibat sebuah pengkhianatan. Bukan kerana dia sudah berhenti mencintai, tetapi kerana dia percaya tiada lagi yang perlu dipertahankan. Namun kepulangannya mengubah segalanya... Haq dikejutkan dengan satu hakikat yang merobek hati. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang tidak pernah diketahuinya selama ini. Lebih menyakitkan, bekas isterinya telah meninggal dunia empat tahun lalu dalam satu kemalangan jalan raya, meninggalkan anak perempuan mereka di bawah jagaan bekas adik iparnya, Mawar Ardanee. “Kau ni banyak tengok drama, Mawar. Terlalu paranoid. Aku tak tahu racun apa yang Munirah tu bagitahu kau pasal aku, sampai kau ada fikiran negatif terhadap aku." - Nasrul Haq "Encik takkan dapat hak jaga Awleeya. Saya jaga dia daripada bayi dan masa tu encik tinggalkan dia. Encik Haq tak boleh sesuka hati ambil dia dari saya, penjaga utama dia." - Mawar Ardanee Bagi Mawar, Nasrul Haq tetap lelaki yang bersalah. Lelaki yang pernah menceraikan kakaknya tanpa belas kasihan. Selagi kebenaran tidak terbongkar, selagi itulah dia akan mempertahankan Awleeya daripada kembali kepada ayah kandungnya. Di sebalik kebencian yang mula runtuh, Haq pula menyimpan satu harapan yang tidak pernah disangka oleh Mawar. Dia bukan sekadar mahu mendapatkan semula hak sebagai seorang ayah, tapi mahu menjadikan Mawar sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Mampukah Mawar menerima lamaran bekas abang iparnya setelah mengetahui kebenaran yang selama ini disembunyikan? Atau trauma dan rasa bersalah terhadap arwah kakaknya akan terus menjadi penghalang kepada sebuah keluarga yang akhirnya berpeluang untuk kembali sempurna?

 

Crush, Next Door!
Luderia
Pilihan Editor
RM19.00

Crush, Next Door!

lucyana.castella

Bercakap tentang crush, sudah pastilah ramai di kalangan kita semua ada dan pernah crushkan seseorang bukan? Begitu juga dengan Liyana Syakil. Seorang gadis yang baru saja tamat pengajian sarjana muda di Malaysia dan terbang jauh ke Korea Selatan hanya untuk bercuti di rumah ibu saudara. Siapa sangka kehadiran Liyana di kejiranan sebuah apartmen mewah pada hari pertama dia jejakkan kaki di Korea telah membawa kepada huru-hara yang amat dahsyat! "Apa ni? Lepaskan sayalah... Awak ni siapa, ha? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba main tarik tangan saya?" - Liyana Syakil. Pertama kali bertemu, Liyana dikejar wartawan gara-gara tertangkap dia sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki yang dia langsung tak kenal siapa. "Aku perlukan kau untuk jadi kekasih aku sementara waktu. Kau nak aku bayar berapa? Bagi tahu saja, nanti manager aku akan uruskan semuanya." - Kim Hanbin. Semua percaturan itu kerja gila! Dia ke sana untuk bercuti, bukannya untuk menjadi kekasih kepada lelaki yang dia sendiri tak kenal siapa gerangannya. Namun begitu, kejadian dikejar wartawan setiap hari buat Liyana tidak keruan. Daripada musuh, bertukar menjadi crush! Mampukah Liyana bertahan sepanjang tempoh dia menjadi kekasih palsu Kim Hanbin?

 

Aku Isteri Tuan Harif
Luderia
RM20.00

Aku Isteri Tuan Harif

lucyana.castella

Laisya Adriana kehilangan segalanya selepas kematian keluarga. Demi melangsaikan hutang keluarga dan pengajian di London, dia nekad untuk menjadi kekasih gelap Tuan Harif tanpa mengetahui yang lelaki itu sudah beristeri! "Saya nak jadi isteri yang sah." - Laisya Adriana "Bukan ke you cuma nak duit saja?" - Tuan Harif Namun, dosa yang kian menjerat membuatkan Laisya memilih jalan halal. Dia hanya mahukan perlindungan, bukan cinta dan tanpa sedar Tuan Harif bersetuju, tetapi dengan satu syarat. "I akan layan you sama saja macam sebelum kita berkahwin." Walaupun rasa seperti tidak adil dengan layanan begitu, Laisya tetap bersetuju. Konflik mula memuncak apabila Suzana, isteri pertama Tuan Harif tidak mahu melepaskan lelaki itu selepas mengetahui yang dia sudah dimadukan tanpa rela. "You sanggup lepaskan I hanya kerana perempuan simpanan you? Are you insane!" Antara tanggungjawab dan kehendak hati, mampukah Laisya bertahan sebagai isteri sah kepada Tuan Harif yang masih terperangkap dalam bayangan masa lalunya?

 

Hati Yang Membisu
Luderia
RM26.00

Hati Yang Membisu

lucyana.castella

Amara Selena, 17 tahun. Senyap, diam dan memendam retak yang tak pernah sembuh. Tidurnya jarang lena, pertengkaran ibu dan ayah menjadi rutin... rumah yang dilihat indah di media sosial sebenarnya hanya topeng kepada derita yang membusuk dalam diam. Dan di tengah kekacauan itu muncul Kael Ayden, satu-satunya cahaya yang Amara kenali. “Saya janji, Amara. Saya akan lindungi awak.” – Kael Ayden. Kael adalah ruang selamatnya. Nafas tenangnya. Tempat dia belajar untuk hidup. Namun segalanya hancur sekelip mata. Kael hilang. Desas-desus mula tersebar. Kael disahkan mati. Dunia Amara kembali gelap. Cahayanya padam. Janjinya runtuh. “Kau janji akan lindungi aku? Mustahil kau mati seawal itu.” – Amara Selena. Pada orang lain, Kael sudah tiada. Tapi bagi Amara, Kael masih hidup. Meski hanya sebagai bayang-bayang yang terus memanggil namanya...

 

Seharum Mawar Berduri
Luderia
RM25.00

Seharum Mawar Berduri

rhubiram

Hamra Fitriani masih dihantui trauma masa lalu, fitnah mencuri telefon pengetua yang pernah meruntuhkan maruah dan keyakinannya sebagai ketua pengawas sekolah. Luka itu menjadi parut yang sukar dipadam. Pertemuan semula antara Hamra dan Kaisar di sebuah kedai bunga tempat dia berteduh pada hari hujan membuka kembali luka yang cuba dia lupakan selama ini. Keadaan bertambah rumit apabila Fiana cuba menjodohkan Hamra dengan sepupu yang sebenarnya ialah Kaisar sendiri. Namun temu janji itu berakhir dengan salah faham. Kerana terlalu segan, Kaisar meminta rakannya Izz menggantikan tempatnya. Selepas lama berdiam, Kaisar memberanikan diri untuk tampil jujur dan menghampiri Hamra semula. Namun di antara hujan yang turun dan jambangan mawar merah yang menjadi saksi, mampukah hubungan mereka perlahan-lahan tumbuh. Sementara Hamra masih belajar untuk mempercayai dan membuka ruang hatinya sekali lagi?

 

Nak Saya Balik Tak?
Luderia
RM25.00

Nak Saya Balik Tak?

arinazt

Perkahwinan Madhiah Inara dan Rifdi Akasya pernah seindah mimpi. Manis, lembut dan penuh dengan kasih sayang. Namun, segalanya berubah apabila cemburu Rifdi semakin menjadi-jadi sehingga meretakkan rumah tangga yang selama ini kelihatan sempurna. Percutian mereka ke Cameron Highlands bertukar tragedi apabila layanan kasar dan pertengkaran berpanjangan mengganggu kandungan Inara. Retak semakin parah apabila melibatkan pula isu perebutan harta keluarga Rifdi menambahkan lagi tekanan yang ada. Hati Inara hancur dan memilih untuk pergi tatkala Rifdi langsung tidak ingat apa-apa. Apabila ingatan kembali jelas, penyesalan mula menghantui Rifdi. Perlahan-lahan kesedaran menggigit hati apabila Inara sudah tiada di sisi. Kini, Rifdi ingin membuang ego sejauh mungkin. Dia mahu berjuang mencari isterinya semula. Namun mampukah cinta mereka kembali pulih atau segalanya sudahpun terlewat?

 

Aurora & Sepuluh Temu Janji
Luderia
Baru
RM16.00

Aurora & Sepuluh Temu Janji

Fiona Florisca Jominis

Aurora Angel John, 35 tahun, hanya mahu hidup dengan tenang sebagai editor majalah. Jauh daripada soal cinta dan drama kehidupan orang lain. Namun adiknya, Violet, mempunyai perancangan lain untuk Aurora iaitu 10 temu janji bersama 10 lelaki berbeza dalam tempoh satu tahun sebelum kakaknya mencecah umur 36 tahun. Akhirnya, Aurora terpaksa membuka hati dan melangkah ke dunia temu janji yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Lucu, janggal dan manis, semuanya ada. Tapi sesuatu yang lebih gelap sedang berlaku di bandar mereka. Satu demi satu wanita muda ditemui mati. Persamaan antara mangsa mula menghantui fikiran Aurora kerana semuanya berkait dengan lelaki yang pernah dia temui. Tatkala peluang mencari cinta dan pasangan hidup bertukar menjadi permainan minda seorang pembunuh misteri, mampukah Aurora menemui cinta sejati atau kegelapan terlebih dahulu menyentuh hatinya?

 

Mimpi Zulaikha
Luderia
RM19.00

Mimpi Zulaikha

lucyana.castella

Zulaikha Aisara, gadis kota yang hidup semuanya terlihat sempurna. Sedikit pun tidak pernah merasai kekurangan walaupun ibunya, Datin Zuhairah Arini merupakan ibu tunggal. Namun, semua itu telah berubah dalam sekelip mata selepas Datin Zuhairah meninggal dunia. Zulaikha atau senang dipanggil Ikha mula mengalami sebuah mimpi yang bersambung dari satu mimpi ke satu mimpi yang lain. Semua mimpi yang dialami, memberi Ikha satu petanda misteri tatkala apa yang dialami ketika berada di dalam dunia minda separa sedar berubah menjadi sebuah realiti. Bertambah aneh, apabila Ikha mendapati selendang merah peninggalan arwah ibunya yang ditemui ketika sedang mengemas rumah untuk berpindah adalah selendang yang sama seperti selendang yang diberikan oleh seseorang di dalam mimpi. Setelah selendang itu dijumpai, mimpi Ikha semakin pelik dan menyeramkan. Dia diminta untuk membuka sebuah pintu ke alam ghaib oleh Dayang Surina, wanita anggun yang seringkali muncul di dalam mimpi dan ingin menyerahkan selendang merah itu kepadanya. Kemunculan Azrul datang mendekati Ikha, mahu memberi bantuan menambahkan lagi misteri dan aneh terhadap mimpi yang dialami. Apakah kaitan mimpi Ikha dengan selendang merah? Adakah pertolongan Azrul diterima oleh Ikha atau pun dia menolak kerana tidak mempercayai mimpi sendiri?