GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR
FIZZAH SHAH
5 bab percuma
Arsha Nazeeya, seorang yang kasar, keras kepala dan suka melawan cakap orang. Kerjanya tahu melepak dan merempit dengan kawan sampai kerap dibebel oleh emaknya. Kemunculan Umar Hamzaa, anak kepada kawan ayahnya menambah sakit kepalanya. Hari-hari mak dia meratib memuji lelaki itu sampai dia naik meluat. “Ish, kamu ni… Umar tu hensem, kerja cikgu, berduit dan hormat orang tua. Takkan kamu tak sukakan dia?” - Puan Naemah “Mak, takkanlah sepuluh orang macam cikgu Umar tu datang, semuanya Zeeya nak rembat…” - Arsha Nazeeya Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai KAWAN sahaja. Tapi lelaki itu pula terjatuh hati dan melamar dia tanpa pengetahuannya. “Mak dan ayah dah bincang tadi. Dan kami dah terima lamaran Umar.” - Puan Naemah Maka, setelah didesak emaknya, bersatu jua dia dengan Cikgu Umar a.k.a Ustaz Umar. Baru je dia bahagia melayari rumahtangga dengan Umar Hamzaa, muncul pula Cikgu Haiza a.k.a kawan suaminya yang menghina dia. "Suami awak tu ustaz. Sepatutnya awak pakai macam saya. Sebagai isteri, awak kena jaga imej dan maruah suami awak. Jangan sampai orang mengata suami awak tu dayus sebab tak tegur pemakaian isteri sendiri pula." - Haiza Perempuan kasar, keras kepala, tak up to date? Dia boleh terima sebab itu memang betul. Tapi bila dia digelar perempuan tak jaga maruah diri dan suami, itu memang tempah maut. Lagi-lagi bila dia nampak Haiza tergedik-gedik dengan suaminya. Mulalah perangai brutal dia keluar balik setelah lama dipendam sejak kahwin dengan Umar. RASAKAN PENANGAN GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR!
FIZZAH SHAH
Semua 4 Karya
Bab Preview Tersedia
5 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.
0.0
0 ulasan










