Luderia

Aku Isteri Tuan Harif

Lucyana

5 bab percuma

22Views
Belum ada ulasan >

Laisya Adriana kehilangan segalanya selepas kematian keluarga. Demi melangsaikan hutang keluarga dan pengajian di London, dia nekad untuk menjadi kekasih gelap Tuan Harif tanpa mengetahui yang lelaki itu sudah beristeri! "Saya nak jadi isteri yang sah." - Laisya Adriana "Bukan ke you cuma nak duit saja?" - Tuan Harif Namun, dosa yang kian menjerat membuatkan Laisya memilih jalan halal. Dia hanya mahukan perlindungan, bukan cinta dan tanpa sedar Tuan Harif bersetuju, tetapi dengan satu syarat. "I akan layan you sama saja macam sebelum kita berkahwin." Walaupun rasa seperti tidak adil dengan layanan begitu, Laisya tetap bersetuju. Konflik mula memuncak apabila Suzana, isteri pertama Tuan Harif tidak mahu melepaskan lelaki itu selepas mengetahui yang dia sudah dimadukan tanpa rela. "You sanggup lepaskan I hanya kerana perempuan simpanan you? Are you insane!" Antara tanggungjawab dan kehendak hati, mampukah Laisya bertahan sebagai isteri sah kepada Tuan Harif yang masih terperangkap dalam bayangan masa lalunya?

Luderia
Lucyana

Lucyana

Semua 34 Karya · Pengikut 30

RM20.00

Bab Preview Tersedia

5 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.

0.0

0 ulasan

Berikan Ulasan

eBook Lain yang Mungkin Anda Suka

GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR
Luderia
RM16.00

GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR

FIZZAH SHAH

Arsha Nazeeya, seorang yang kasar, keras kepala dan suka melawan cakap orang. Kerjanya tahu melepak dan merempit dengan kawan sampai kerap dibebel oleh emaknya. Kemunculan Umar Hamzaa, anak kepada kawan ayahnya menambah sakit kepalanya. Hari-hari mak dia meratib memuji lelaki itu sampai dia naik meluat. “Ish, kamu ni… Umar tu hensem, kerja cikgu, berduit dan hormat orang tua. Takkan kamu tak sukakan dia?” - Puan Naemah “Mak, takkanlah sepuluh orang macam cikgu Umar tu datang, semuanya Zeeya nak rembat…” - Arsha Nazeeya Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai KAWAN sahaja. Tapi lelaki itu pula terjatuh hati dan melamar dia tanpa pengetahuannya. “Mak dan ayah dah bincang tadi. Dan kami dah terima lamaran Umar.” - Puan Naemah Maka, setelah didesak emaknya, bersatu jua dia dengan Cikgu Umar a.k.a Ustaz Umar. Baru je dia bahagia melayari rumahtangga dengan Umar Hamzaa, muncul pula Cikgu Haiza a.k.a kawan suaminya yang menghina dia. "Suami awak tu ustaz. Sepatutnya awak pakai macam saya. Sebagai isteri, awak kena jaga imej dan maruah suami awak. Jangan sampai orang mengata suami awak tu dayus sebab tak tegur pemakaian isteri sendiri pula." - Haiza Perempuan kasar, keras kepala, tak up to date? Dia boleh terima sebab itu memang betul. Tapi bila dia digelar perempuan tak jaga maruah diri dan suami, itu memang tempah maut. Lagi-lagi bila dia nampak Haiza tergedik-gedik dengan suaminya. Mulalah perangai brutal dia keluar balik setelah lama dipendam sejak kahwin dengan Umar. RASAKAN PENANGAN GADIS BRUTAL MILIK USTAZ UMAR!

 

MIZYAN SALAH PILIH ISTERI
Luderia
RM18.00

MIZYAN SALAH PILIH ISTERI

FIZZAH SHAH

Disangkakan perkahwinan Syed Mizyan akan sentiasa menyinar, tapi rupanya suram pada tahun keenam. Perangai si isteri yang tidak menghormati dia sebagai suami dan keluarga mentua yang tak pernah terima dia membuatkan dia makin rebah. Dalam hati masih ada rasa sayang tapi semuanya dipijak sehingga hancur lebur oleh si isteri. Nonie, wanita itu tak pernah berpihak kepadanya. Wanita itu juga tak mampu nak luluhkan hati emaknya untuk terima Mizyan. "I pelik dengan perangai adik-beradik you tu. Mulut kemain celupar mengata I. Tapi bila perlukan duit je, mula suruh you mengemis duit I. Kenapa dia tak datang hadap I sendiri? Malu sebab tak rapat dengan I, tapi sara diri guna duit abang ipar yang dia benci?" - Mizyan Dek terlalu sakit hati dipergunakan sekian lama, dia memutuskan untuk berpisah. Berpisah bukan kerana tak cinta, tapi dia juga ada hak dan keluarga yang perlu dipertahankan. Dia memilih untuk menjaga hati diri sendiri, tapi keluarga belah sana masih tak serik mengacau dia. "Nonie Nadirah binti Nazeem, I ceraikan you dengan talak tiga." - Syed Mizyan "You akan menyesal, Mizyan." - Nonie Nadirah "No, aku takkan pernah menyesal ceraikan perempuan macam kau. Kau balik ke sana, ceritakan pada semua family kau yang aku dah buang kau. Mesti diorang happy sebab akhirnya aku lepaskan kau ke pangkuan diorang juga. Go and raikan hari kebebasan kau sekarang." - Syed Mizyan Dan akhirnya pembebasan Nonie disambut gembira oleh emak Nonie sendiri. "Terima kasih sebab lepaskan anak aku. Aku sujud syukur sangat, sebab akhirnya anak aku terlepas daripada lelaki tak guna macam kau!" - Puan Gayah Akhirnya, perkara yang dia tak pernah jangka akan terjadi telah pun terjadi. Tak sia-sia tekad yang dia buat untuk meleraikan ikatan mereka kerana dia juga LAYAK BAHAGIA. Buat apa dia menghabiskan sisa hidupnya dengan perempuan yang cuba menjatuhkan dia dalam diam?

 

MAWAR ARDANEE DIKEJAR BEKAS ABANG IPAR
Luderia
RM17.00

MAWAR ARDANEE DIKEJAR BEKAS ABANG IPAR

FIZZAH SHAH

Lima tahun lalu, Nasrul Haq memilih untuk meninggalkan Malaysia selepas rumah tangganya musnah akibat sebuah pengkhianatan. Bukan kerana dia sudah berhenti mencintai, tetapi kerana dia percaya tiada lagi yang perlu dipertahankan. Namun kepulangannya mengubah segalanya... Haq dikejutkan dengan satu hakikat yang merobek hati. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang tidak pernah diketahuinya selama ini. Lebih menyakitkan, bekas isterinya telah meninggal dunia empat tahun lalu dalam satu kemalangan jalan raya, meninggalkan anak perempuan mereka di bawah jagaan bekas adik iparnya, Mawar Ardanee. “Kau ni banyak tengok drama, Mawar. Terlalu paranoid. Aku tak tahu racun apa yang Munirah tu bagitahu kau pasal aku, sampai kau ada fikiran negatif terhadap aku." - Nasrul Haq "Encik takkan dapat hak jaga Awleeya. Saya jaga dia daripada bayi dan masa tu encik tinggalkan dia. Encik Haq tak boleh sesuka hati ambil dia dari saya, penjaga utama dia." - Mawar Ardanee Bagi Mawar, Nasrul Haq tetap lelaki yang bersalah. Lelaki yang pernah menceraikan kakaknya tanpa belas kasihan. Selagi kebenaran tidak terbongkar, selagi itulah dia akan mempertahankan Awleeya daripada kembali kepada ayah kandungnya. Di sebalik kebencian yang mula runtuh, Haq pula menyimpan satu harapan yang tidak pernah disangka oleh Mawar. Dia bukan sekadar mahu mendapatkan semula hak sebagai seorang ayah, tapi mahu menjadikan Mawar sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Mampukah Mawar menerima lamaran bekas abang iparnya setelah mengetahui kebenaran yang selama ini disembunyikan? Atau trauma dan rasa bersalah terhadap arwah kakaknya akan terus menjadi penghalang kepada sebuah keluarga yang akhirnya berpeluang untuk kembali sempurna?

 

From Contract To Jannah
Luderia
RM19.00

From Contract To Jannah

Lucyana

Farah Anisa dan Kim Hongjoong merupakan dua insan yang susah untuk akur. Dari zaman universiti lagi pasti ada saja persaingan yang akan berlaku, selalu ada saja jengkel dan bergaduh antara mereka. Tidak hairanlah rakan sekerja lain sudah masak dengan gelagat mereka. Suatu hari, majikan hantar memo yang mewajibkan Farah dan Hongjoong sertai program percutian syarikat untuk 'membangun kerjasama'. Tapi, kedua-dua mereka langsung membantah dan cuba untuk mengugurkan nama daripada program tersebut. Sementara itu, Puan Hongju, ibu Hongjoong telah merancang untuk menjodohkan Hongjoong dengan gadis pilihannya. Untuk mengelak, Hongjoong turut merancang sesuatu dengan menarik Farah ke dalam permasalahan keluarganya. "Aku tak nak kahwin lagi, tapi eomma aku suka sangat mendesak. Jadi, aku nak kahwin dengan kau." - Kim Hongjoong. "What? Awak dah gila ke Encik Hongjoong!" - Farah Anisa. Masing-masing ego, tak mahu mengaku perasaan yang semakin bercambah di dalam hati. "Ini kontrak, aku tak kesahlah kau nak terima ke tidak. Yang penting, hujung minggu ni aku bawa kau ke rumah eomma." - Kim Hongjoong. "Gila betul laki ni. Aku tak kata setuju pun, dia dah campak kontrak kat muka aku!" - Farah Anisa. Mereka berdua terus bertembung kepala, ego masing-masing tak mahu mengaku tentang perasaan yang mula bercambah. Bila kontrak perkahwinan yang mula-mula cuma helah, akhirnya menjadi semakin dekat. Tapi, mereka kena hadapi perbezaan budaya, adat, dan agama yang sememangnya mencabar. Adakah mereka mampu mengubah kontrak ini menjadi cinta sejati dan mungkin jannah bersama? Atau semua ini cuma drama seperti kebiasaannya?