Cheonsa, Saranghae!
Lucyana
5 bab percuma
Rapuhnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu dan ayah seringkali berkelahi antara satu sama lain. Kesusahan ibu menjadi pembakar semangat Nam Woojin untuk mengejar cita-citanya. Mahu menjadi seorang Idol dalam industri hiburan tanah air, itu adalah impiannya sejak kecil. "Ibu, izinkan saya bantu ibu." - NAM WOOJIN Nekad dihati terus dilaksanakan tanpa menunggu persetujuan dari ibu dan ayahnya. Namun, kedatangan seorang gadis bernama Bella Kim dalam hidup Woojin telah mewujudkan rasa cintanya terhadap gadis itu. Tetapi... "Apa awak fikir ni Woojin? Saya cuma anggap awak kawan je. Tak lebih dari itu," - BELLA KIM Rasa terkilan perlu ditelan apabila gadis yang dianggap sebagai cinta sampai mati menolak keinginan hatinya untuk berhubungan dengan serius. Dalam waktu yang sama, hadirnya seorang gadis bernama Jung Sherin datang membantu keluarga Woojin. Gadis polos tetapi mempunyai keazaman yang tinggi. Tidak kenal erti putus asa dan sentiasa memberikan dorongan kepada Woojin tanpa lelaki itu sedari. "Woojin, saya datang nak beritahu awak sesuatu. Saya ikhlas nak bantu awak dan keluarga awak. - JUNG SHERIN Niat Sherin disalah ertikan, baginya gadis itu benar-benar pengacau terutama antara hubungan cintanya dengan Bella Kim. "Dahlah perempuan, jangan suka masuk campur urusan aku boleh tak?" -NAM WOOJIN Namun, keegoannya yang terlalu tinggi telah membawa kepada satu tragedi. Kehilangan yang dirasa dirasai amatlah merintihkan hati. "Kenapa? Kenapa mereka harus pergi, aku belum cukup kuat untuk menganggung rasa sakit ni." - NAM WOOJIN

Lucyana
Semua 34 Karya · Pengikut 29
Bab Preview Tersedia
5 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.
0.0
0 ulasan










