Luderia

Yes, Sir! Until You Broke Me

Lucyana

5 bab percuma

4Views
Belum ada ulasan >

Di zaman globalilasi yang semakin pesat dengan teknologi, ramai orang sedang berpusu-pusu mencari kerja di sana dan sini. Tidak terlepas juga seorang gadis bernama Naina Amira. Sudah puas dia mencari kerja di merata tempat, tanya saja interview apa tidak pernah dia hadiri? Stesen minyak petro pam? Butik pakaian? Kedai makan? Semuanya sudah! Tetapi sayangnya, semua tempat yang dia bertanya akan memberikan jawapan 'maaf, tempat kami dah penuh.' Walaupun begitu, Naina tidak pernah berputus asa untuk mencari kerja yang boleh memberi dia wang ringgit bagi menyara kehidupan sehelai sepinggang. Sehinggalah suatu hari, dia mendapat peluang untuk bekerja menjadi cleaner di salah sebuah hotel. Teruja sungguh dibuatnya! "Ini, ini, itu, semuanya awak yang kena bersihkan. Jangan tinggal secalit habuk pun. Faham!" - ZAIRIL ADAM. "Yes, sir!" - NAINA AMIRA. Disebabkan kerja yang dia peroleh itu adalah sebagai cleaner dan di antara semua pekerja yang sedia ada, dia adalah pendatang baru serta paling muda. Segala arahan si tuan empunya hotel sentiasa disahut dengan 'Yes, sir!' Zairil suka membuli tanpa dia sedar itu adalah satu bulian. Tidak pernah terdengar rungutan mahupun rasa sebal sepanjang Naina bekerja di bawah arahannya. Sehingga menimbulkan rasa hairan pekerja-pekerja yang lain. "Saya nak awak teman saya pergi dinner malam ni." ZAIRIL ADAM. "Yes, sir! Eh?" - NAINA AMIRA. Pelik bin ajaib, dia seolah-olah menjadi pak turut kepada Zairil. Tetapi! Hari itu, dia terkejut dengan ajakan si bos. Seterusnya, ajakan itu telah membawa mereka ke satu tragedi yang tidak dapat dielakkan untuk selama-lamanya. Tragedi itu meragut kesetiaan Naina kepada Zairil yang selama ini diberikan satu trademark 'Yes, sir!' Sudah hilang Naina yang patuh, sebaliknya muncul seorang Naina yang keras kepala. Dia cuba melarikan diri sejauh yang mungkin. Tetapi, apa daya yang dia ada? Sejauh mana dia melarikan diri, dia tidak dapat mengelak daripada tragedi hitam yang melanda diri.

Luderia
Lucyana

Lucyana

Semua 34 Karya · Pengikut 30

RM20.00

Bab Preview Tersedia

5 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.

0.0

0 ulasan

Berikan Ulasan

eBook Lain yang Mungkin Anda Suka

MIZYAN SALAH PILIH ISTERI
Luderia
RM18.00

MIZYAN SALAH PILIH ISTERI

FIZZAH SHAH

Disangkakan perkahwinan Syed Mizyan akan sentiasa menyinar, tapi rupanya suram pada tahun keenam. Perangai si isteri yang tidak menghormati dia sebagai suami dan keluarga mentua yang tak pernah terima dia membuatkan dia makin rebah. Dalam hati masih ada rasa sayang tapi semuanya dipijak sehingga hancur lebur oleh si isteri. Nonie, wanita itu tak pernah berpihak kepadanya. Wanita itu juga tak mampu nak luluhkan hati emaknya untuk terima Mizyan. "I pelik dengan perangai adik-beradik you tu. Mulut kemain celupar mengata I. Tapi bila perlukan duit je, mula suruh you mengemis duit I. Kenapa dia tak datang hadap I sendiri? Malu sebab tak rapat dengan I, tapi sara diri guna duit abang ipar yang dia benci?" - Mizyan Dek terlalu sakit hati dipergunakan sekian lama, dia memutuskan untuk berpisah. Berpisah bukan kerana tak cinta, tapi dia juga ada hak dan keluarga yang perlu dipertahankan. Dia memilih untuk menjaga hati diri sendiri, tapi keluarga belah sana masih tak serik mengacau dia. "Nonie Nadirah binti Nazeem, I ceraikan you dengan talak tiga." - Syed Mizyan "You akan menyesal, Mizyan." - Nonie Nadirah "No, aku takkan pernah menyesal ceraikan perempuan macam kau. Kau balik ke sana, ceritakan pada semua family kau yang aku dah buang kau. Mesti diorang happy sebab akhirnya aku lepaskan kau ke pangkuan diorang juga. Go and raikan hari kebebasan kau sekarang." - Syed Mizyan Dan akhirnya pembebasan Nonie disambut gembira oleh emak Nonie sendiri. "Terima kasih sebab lepaskan anak aku. Aku sujud syukur sangat, sebab akhirnya anak aku terlepas daripada lelaki tak guna macam kau!" - Puan Gayah Akhirnya, perkara yang dia tak pernah jangka akan terjadi telah pun terjadi. Tak sia-sia tekad yang dia buat untuk meleraikan ikatan mereka kerana dia juga LAYAK BAHAGIA. Buat apa dia menghabiskan sisa hidupnya dengan perempuan yang cuba menjatuhkan dia dalam diam?

 

MAWAR ARDANEE DIKEJAR BEKAS ABANG IPAR
Luderia
RM17.00

MAWAR ARDANEE DIKEJAR BEKAS ABANG IPAR

FIZZAH SHAH

Lima tahun lalu, Nasrul Haq memilih untuk meninggalkan Malaysia selepas rumah tangganya musnah akibat sebuah pengkhianatan. Bukan kerana dia sudah berhenti mencintai, tetapi kerana dia percaya tiada lagi yang perlu dipertahankan. Namun kepulangannya mengubah segalanya... Haq dikejutkan dengan satu hakikat yang merobek hati. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang tidak pernah diketahuinya selama ini. Lebih menyakitkan, bekas isterinya telah meninggal dunia empat tahun lalu dalam satu kemalangan jalan raya, meninggalkan anak perempuan mereka di bawah jagaan bekas adik iparnya, Mawar Ardanee. “Kau ni banyak tengok drama, Mawar. Terlalu paranoid. Aku tak tahu racun apa yang Munirah tu bagitahu kau pasal aku, sampai kau ada fikiran negatif terhadap aku." - Nasrul Haq "Encik takkan dapat hak jaga Awleeya. Saya jaga dia daripada bayi dan masa tu encik tinggalkan dia. Encik Haq tak boleh sesuka hati ambil dia dari saya, penjaga utama dia." - Mawar Ardanee Bagi Mawar, Nasrul Haq tetap lelaki yang bersalah. Lelaki yang pernah menceraikan kakaknya tanpa belas kasihan. Selagi kebenaran tidak terbongkar, selagi itulah dia akan mempertahankan Awleeya daripada kembali kepada ayah kandungnya. Di sebalik kebencian yang mula runtuh, Haq pula menyimpan satu harapan yang tidak pernah disangka oleh Mawar. Dia bukan sekadar mahu mendapatkan semula hak sebagai seorang ayah, tapi mahu menjadikan Mawar sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Mampukah Mawar menerima lamaran bekas abang iparnya setelah mengetahui kebenaran yang selama ini disembunyikan? Atau trauma dan rasa bersalah terhadap arwah kakaknya akan terus menjadi penghalang kepada sebuah keluarga yang akhirnya berpeluang untuk kembali sempurna?

 

DERITA ISTERI YANG SETIA
Luderia
RM17.00

DERITA ISTERI YANG SETIA

FIZZAH SHAH

Hidup dalam hubungan yang tak direstui oleh keluarga mentua dah menyakitkan Nufa Khalisa, apatah lagi bila munculnya seorang perempuan yang membawa bukti menunjukkan dia adalah isteri kedua kepada suaminya, Thufail Haq. Selama 5 tahun mereka melayari bahtera yang bahagia walaupun tanpa zuriat, dalam tak sedar rupanya dia sudah dimadukan selama 2 tahun dan suaminya dah ada anak dengan isteri keduanya. "Ini bukti yang I memang isteri kepada suami you." - Rosie "Berapa lama?" - Nufa Khalisa "2 tahun. Dan kami dah ada anak perempuan yang berumur 1 tahun. Namanya Haura Helena." - Rosie Sakit dipendam sendiri memandangkan madunya adalah menantu kesayangan keluarga mentuanya. Terasa kalah bila mendapat kebenaran yang madunya pilihan mama Thufail. Berbulan-bulan dia bertahan dan menelan duka, sampai satu tahap dia buat keputusan untuk undurkan diri tapi dalam masa yang sama kebenaran hampir terbongkar. “Kalau mama awak masih tak boleh nak terima saya…” “Apa kata awak lepaskan saya.” - Nufa Khalisa Yang lebih mengejutkan, kemunculan Rosie dalam hidup Thufail Haq merupakan rancangan kotor daripada ahli keluarganya sendiri. "Kau nak tahu kenapa kau tak layak jejak dalam bilik ni?" - Thufail Haq "Sebab kau kotor. Kalaulah mama aku tahu siapa sebenarnya kau ni, aku yakin yang kau akan dihalau macam anjing kurap. Siapa je nak bermenantukan pelacur." - Thufail Haq Disebalik dia yang memberi kesakitan kepada Nufa Khalisa, rupanya dalang yang cuba menghancurkan hubungannya dengan Nufa adalah keluarga terdekatnya juga. Mampukah dia menemui kebenaran dan mampukah dia mendapatkan semula hati Nufa Khalisa yang sudah hancur berkecai?