The Devil Flower : One Last Time
Lucyana
1 unit terjual · 3 bab percuma
Seringkali bermimpi tentang kehadiran seorang lelaki yang dikelilingi kelopak bunga ros berterbangan menjadikan Hwang Ye Ji tidak dapat melenakan diri. Mana tidaknya, setiap kali dia cuba melayari alam dan bahtera mimpi, setiap kali itu juga dia terbangun dalam keadaan air mata membasahi pipi. Misteri yang dialami sewaktu tidur tidak sekali pun dapat dirungkai dengan akal fikiran yang waras sehinggalah dia ditugaskan untuk bekerjasama dengan penyiasat, Kim Mikwan. Mikwan ingin mengetahui setiap kejadian yang berlaku di rumah agam Son Nam. Ramai pelancong yang datang ke rumah itu, tidak kembali semula ke tempat asal mereka sehingga ada ahli keluarga yang melaporkan kehilangan mereka. Terutama empat orang gadis sunti yang di mana tiga orang daripada mereka hilang tanpa jejak. Hanya seorang saja yang pulang dengan selamat, tetapi akhirnya mati dengan begitu tragis. "Aku dah cakap, kau tak perlu ke mari. Tempat ini, bukan tempat untuk wanita macam kau." Kim Mikwan. Dia tidak suka bekerjasama dengan Ye Ji, kerana wanita itu seorang perfectionis. Segalanya mahu mengikut naluri wanita, menjadikan Mikwan tidak betah menghadap Ye Ji terlalu lama. "Aku nak tahu apa yang berlaku dekat sini. Kenapa setiap kali aku ke mari, air mata aku mengalir sendiri. Dada aku jadi sakit dan berdegup kencang seolah-olah ada sesuatu yang sedang merenjat jantung aku." Hwang Ye Ji. Berharap dapat merungkai segala misteri, namun semakin diselami semakin dia kurang mengerti. "Wahai kesayanganku, aku sudah kembali untuk memenuhi permintaan terakhirmu." - Kang Son Nam. Apakah perkaitan Ye Ji dengan rumah agam Son Nam yang begitu banyak misteri. Mampukah dia merungkai setiap adegan mimpi yang dialami dan siapa pula Kang Son Nam?

Lucyana
Semua 34 Karya · Pengikut 29
Bab Preview Tersedia
3 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.
0.0
0 ulasan










