
The Devil Eomma
Bab Preview Tersedia
3 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.
Sinopsis
Menjadi seorang remaja lelaki belasan tahun yang dihadapkan dengan kepahitan dunia, hal itu membuatkan Nam Woohyun hilang sebahagian daripada dirinya sendiri. Kerana terkesan dengan kekejaman yang dilakukan oleh seseorang yang bergelar ayah terhadap ibu kandungnya, akhirnya menjadikan dia seorang yang dingin. Terutama sekali apabila berada di hadapan keluarganya. "Kau sepatutnya dah mati! Kalau tak, tak adalah kau menyusahkan aku!" Nam Seokjin. Keganasan rumah tangga yang berlaku telah membawa padah kepada Nam Woohyun. Dia juga turut menjadi mangsa tanpa disedari. Namun, kehadiran rakan-rakan lain sedikit sebanyak dapat mengubati kelukaan dalam hati Nam Woohyun. Sehinggakan boleh terwujudnya rasa sayang terhadap seorang gadis bernama Han Yuna. Namun, sesuatu telah berlaku dalam perhubungan mereka. "Tiada siapa yang boleh merampas hak aku untuk kali kedua. Tak kira kau siapa sekalipun, kau tetap musuh aku!" - Kim Illsan. Apa yang sebenarnya telah berlaku dalam hubungan percintaan Woohyun dan Yuna? Siapa pula Kim Illsan? Mampukah Woohyun melepaskan diri daripada segala konflik yang tak putus-putus membelenggu hidupnya?
0.0
0 ulasan










