Luahan Kedua
Lucyana
5 bab percuma
Berawal dengan luahan pertama yang dihantar melalui pesanan ringkas, kehidupannya terus berubah drastik. Dia dikecam, dituduh dan difitnah sesuka hati oleh orang sekeliling. Sungguh dia sendiri tidak tahu mengapa semua ini boleh berlaku dalam sekelip mata. Sepatutnya kisah cinta monyet pada zaman remajanya menjadi memori indah untuk diingati. Namun sebaliknya ia menjadi satu malapetaka besar yang memberi mimpi ngeri, sehingakan dia terpaksa bertukar sekolah. Semua itu demi menjauhi si crush. Iaitu seorang lelaki yang ternyata memiliki aura yang mampu "membunuhnya". Akibat daripada kejadian yang berlaku ketika di sekolah menengah, Dayang Arina akhirnya nekad tidak mahu bercinta dengan sesiapa. Termasuklah mencari jodoh hatta pasangan sehidup semati sekalipun. Itu azamnya! Titik. Namun, muncul dua orang lelaki di tempat kerjanya berjaya membuat dia tidak keruan. Seorang berperangai selamba serta menjengkelkan. Manakala seorang lagi bersikap cool sentiasa. Di antara dua lelaki itu, salah seorang merupakan crushnya yang pernah menerima luahan pertama suatu ketika dulu. Luahan pertama seorang Arina kepada crushnya mungkin gagal. Lalu bagaimana pula dengan luahan kedua? Mampukah dia membuka semula hati kepada salah seorang daripada mereka yang sedang mengejar cintanya?

Lucyana
Semua 34 Karya · Pengikut 29
Bab Preview Tersedia
5 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.
0.0
0 ulasan










