Luderia

Qaseh Terindah Buat Thaqif

Nasyanur

3 bab percuma

20Views
Belum ada ulasan >

Cinta yang disemai selama lapan tahun, akhirnya kecundang dalam satu hari saja. Mahu menenangkan hati yang bergelodak kecewa, Nayla pergi bercuti ke Korea Selatan bersama sahabat baiknya. Siapa sangka, di sana dia mengenali seorang jejaka bernama Muhammad Thaqif, abang kandung kepada sahabat Qaseh Nayla. Perkenalan yang hanya berlangsung 2 minggu membawa kepada putik-putik bunga cinta. "Kau nak jadi isteri aku tak?" - Muhammad Thaqif. Thaqif melamar Nayla untuk dijadikan isteri, tetapi Nayla meminta tempoh selama satu tahun untuk memberikan jawapan. "Huh? Abang Thaqif serius ke ni? Perkahwinan bukan satu perkara main-main." - Qaseh Nayla. Dalam tempoh setahun, pelbagai perkara telah berlaku. Mampukah Thaqif menunggu Nayla dan apakah jawapan Nayla untuk lamaran Thaqif?

Luderia

Nasyanur

Semua 2 Karya

RM16.00

Bab Preview Tersedia

3 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.

0.0

0 ulasan

Berikan Ulasan

eBook Lain yang Mungkin Anda Suka

DERITA ISTERI YANG SETIA
Luderia
RM17.00

DERITA ISTERI YANG SETIA

FIZZAH SHAH

Hidup dalam hubungan yang tak direstui oleh keluarga mentua dah menyakitkan Nufa Khalisa, apatah lagi bila munculnya seorang perempuan yang membawa bukti menunjukkan dia adalah isteri kedua kepada suaminya, Thufail Haq. Selama 5 tahun mereka melayari bahtera yang bahagia walaupun tanpa zuriat, dalam tak sedar rupanya dia sudah dimadukan selama 2 tahun dan suaminya dah ada anak dengan isteri keduanya. "Ini bukti yang I memang isteri kepada suami you." - Rosie "Berapa lama?" - Nufa Khalisa "2 tahun. Dan kami dah ada anak perempuan yang berumur 1 tahun. Namanya Haura Helena." - Rosie Sakit dipendam sendiri memandangkan madunya adalah menantu kesayangan keluarga mentuanya. Terasa kalah bila mendapat kebenaran yang madunya pilihan mama Thufail. Berbulan-bulan dia bertahan dan menelan duka, sampai satu tahap dia buat keputusan untuk undurkan diri tapi dalam masa yang sama kebenaran hampir terbongkar. “Kalau mama awak masih tak boleh nak terima saya…” “Apa kata awak lepaskan saya.” - Nufa Khalisa Yang lebih mengejutkan, kemunculan Rosie dalam hidup Thufail Haq merupakan rancangan kotor daripada ahli keluarganya sendiri. "Kau nak tahu kenapa kau tak layak jejak dalam bilik ni?" - Thufail Haq "Sebab kau kotor. Kalaulah mama aku tahu siapa sebenarnya kau ni, aku yakin yang kau akan dihalau macam anjing kurap. Siapa je nak bermenantukan pelacur." - Thufail Haq Disebalik dia yang memberi kesakitan kepada Nufa Khalisa, rupanya dalang yang cuba menghancurkan hubungannya dengan Nufa adalah keluarga terdekatnya juga. Mampukah dia menemui kebenaran dan mampukah dia mendapatkan semula hati Nufa Khalisa yang sudah hancur berkecai?

 

From Contract To Jannah
Luderia
RM19.00

From Contract To Jannah

Lucyana

Farah Anisa dan Kim Hongjoong merupakan dua insan yang susah untuk akur. Dari zaman universiti lagi pasti ada saja persaingan yang akan berlaku, selalu ada saja jengkel dan bergaduh antara mereka. Tidak hairanlah rakan sekerja lain sudah masak dengan gelagat mereka. Suatu hari, majikan hantar memo yang mewajibkan Farah dan Hongjoong sertai program percutian syarikat untuk 'membangun kerjasama'. Tapi, kedua-dua mereka langsung membantah dan cuba untuk mengugurkan nama daripada program tersebut. Sementara itu, Puan Hongju, ibu Hongjoong telah merancang untuk menjodohkan Hongjoong dengan gadis pilihannya. Untuk mengelak, Hongjoong turut merancang sesuatu dengan menarik Farah ke dalam permasalahan keluarganya. "Aku tak nak kahwin lagi, tapi eomma aku suka sangat mendesak. Jadi, aku nak kahwin dengan kau." - Kim Hongjoong. "What? Awak dah gila ke Encik Hongjoong!" - Farah Anisa. Masing-masing ego, tak mahu mengaku perasaan yang semakin bercambah di dalam hati. "Ini kontrak, aku tak kesahlah kau nak terima ke tidak. Yang penting, hujung minggu ni aku bawa kau ke rumah eomma." - Kim Hongjoong. "Gila betul laki ni. Aku tak kata setuju pun, dia dah campak kontrak kat muka aku!" - Farah Anisa. Mereka berdua terus bertembung kepala, ego masing-masing tak mahu mengaku tentang perasaan yang mula bercambah. Bila kontrak perkahwinan yang mula-mula cuma helah, akhirnya menjadi semakin dekat. Tapi, mereka kena hadapi perbezaan budaya, adat, dan agama yang sememangnya mencabar. Adakah mereka mampu mengubah kontrak ini menjadi cinta sejati dan mungkin jannah bersama? Atau semua ini cuma drama seperti kebiasaannya?

 

Yes, Sir! Until You Broke Me
Luderia
RM20.00

Yes, Sir! Until You Broke Me

Lucyana

Di zaman globalilasi yang semakin pesat dengan teknologi, ramai orang sedang berpusu-pusu mencari kerja di sana dan sini. Tidak terlepas juga seorang gadis bernama Naina Amira. Sudah puas dia mencari kerja di merata tempat, tanya saja interview apa tidak pernah dia hadiri? Stesen minyak petro pam? Butik pakaian? Kedai makan? Semuanya sudah! Tetapi sayangnya, semua tempat yang dia bertanya akan memberikan jawapan 'maaf, tempat kami dah penuh.' Walaupun begitu, Naina tidak pernah berputus asa untuk mencari kerja yang boleh memberi dia wang ringgit bagi menyara kehidupan sehelai sepinggang. Sehinggalah suatu hari, dia mendapat peluang untuk bekerja menjadi cleaner di salah sebuah hotel. Teruja sungguh dibuatnya! "Ini, ini, itu, semuanya awak yang kena bersihkan. Jangan tinggal secalit habuk pun. Faham!" - ZAIRIL ADAM. "Yes, sir!" - NAINA AMIRA. Disebabkan kerja yang dia peroleh itu adalah sebagai cleaner dan di antara semua pekerja yang sedia ada, dia adalah pendatang baru serta paling muda. Segala arahan si tuan empunya hotel sentiasa disahut dengan 'Yes, sir!' Zairil suka membuli tanpa dia sedar itu adalah satu bulian. Tidak pernah terdengar rungutan mahupun rasa sebal sepanjang Naina bekerja di bawah arahannya. Sehingga menimbulkan rasa hairan pekerja-pekerja yang lain. "Saya nak awak teman saya pergi dinner malam ni." ZAIRIL ADAM. "Yes, sir! Eh?" - NAINA AMIRA. Pelik bin ajaib, dia seolah-olah menjadi pak turut kepada Zairil. Tetapi! Hari itu, dia terkejut dengan ajakan si bos. Seterusnya, ajakan itu telah membawa mereka ke satu tragedi yang tidak dapat dielakkan untuk selama-lamanya. Tragedi itu meragut kesetiaan Naina kepada Zairil yang selama ini diberikan satu trademark 'Yes, sir!' Sudah hilang Naina yang patuh, sebaliknya muncul seorang Naina yang keras kepala. Dia cuba melarikan diri sejauh yang mungkin. Tetapi, apa daya yang dia ada? Sejauh mana dia melarikan diri, dia tidak dapat mengelak daripada tragedi hitam yang melanda diri.