Luderia

Izinkan Aku Pergi

Lucyana

5 bab percuma

14Views
Belum ada ulasan >

Hubungan yang tidak direstui benarkah tidak akan aman kehidupan sebuah rumah tangga? Menjadi seorang lelaki yang diberi tanggungjawab sebagai ketua keluarga amatlah berat. Nampak saja mudah di mata dunia, namun tidak semudah yang disangka. Mahu mempertahankan cinta dan harmoninya sebuah keluarga selepas dibuang kerja menjadikan Emir Asyraf tidak tentu arah dan sempat juga hampir hilang akal untuk meneruskan kehidupan. Namun, di sampingnya ada seorang wanita yang cukup cekal menghadapi segala ujian perit getir hidup berumah tangga. Tetapi, demi sebuah rahsia yang disimpan dan kebahagiaan bersama. Dia nekad untuk pergi meninggalkan Nurul Sahara selamanya. "Kenapa? Apa salah saya sampai awak boleh berubah macam ni?" - Nurul Sahara. "Izinkan aku pergi, aku dah tak boleh tengok muka kau lagi." - Emir Asyraf. Mengapa rumah tangga yang penuh dengan cinta, akhirnya mengundang sebuah perpisahan yang penuh dengan tanda tanya? Rahsia apa yang perlu Emir simpan tanpa pengetahuan Sahara?

Luderia
Lucyana

Lucyana

Semua 34 Karya · Pengikut 30

RM16.00

Bab Preview Tersedia

5 bab percuma tersedia untuk bacaan. Bab premium dibuka selepas pembelian.

0.0

0 ulasan

Berikan Ulasan

eBook Lain yang Mungkin Anda Suka

MAWAR ARDANEE DIKEJAR BEKAS ABANG IPAR
Luderia
RM17.00

MAWAR ARDANEE DIKEJAR BEKAS ABANG IPAR

FIZZAH SHAH

Lima tahun lalu, Nasrul Haq memilih untuk meninggalkan Malaysia selepas rumah tangganya musnah akibat sebuah pengkhianatan. Bukan kerana dia sudah berhenti mencintai, tetapi kerana dia percaya tiada lagi yang perlu dipertahankan. Namun kepulangannya mengubah segalanya... Haq dikejutkan dengan satu hakikat yang merobek hati. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang tidak pernah diketahuinya selama ini. Lebih menyakitkan, bekas isterinya telah meninggal dunia empat tahun lalu dalam satu kemalangan jalan raya, meninggalkan anak perempuan mereka di bawah jagaan bekas adik iparnya, Mawar Ardanee. “Kau ni banyak tengok drama, Mawar. Terlalu paranoid. Aku tak tahu racun apa yang Munirah tu bagitahu kau pasal aku, sampai kau ada fikiran negatif terhadap aku." - Nasrul Haq "Encik takkan dapat hak jaga Awleeya. Saya jaga dia daripada bayi dan masa tu encik tinggalkan dia. Encik Haq tak boleh sesuka hati ambil dia dari saya, penjaga utama dia." - Mawar Ardanee Bagi Mawar, Nasrul Haq tetap lelaki yang bersalah. Lelaki yang pernah menceraikan kakaknya tanpa belas kasihan. Selagi kebenaran tidak terbongkar, selagi itulah dia akan mempertahankan Awleeya daripada kembali kepada ayah kandungnya. Di sebalik kebencian yang mula runtuh, Haq pula menyimpan satu harapan yang tidak pernah disangka oleh Mawar. Dia bukan sekadar mahu mendapatkan semula hak sebagai seorang ayah, tapi mahu menjadikan Mawar sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Mampukah Mawar menerima lamaran bekas abang iparnya setelah mengetahui kebenaran yang selama ini disembunyikan? Atau trauma dan rasa bersalah terhadap arwah kakaknya akan terus menjadi penghalang kepada sebuah keluarga yang akhirnya berpeluang untuk kembali sempurna?

 

DERITA ISTERI YANG SETIA
Luderia
RM17.00

DERITA ISTERI YANG SETIA

FIZZAH SHAH

Hidup dalam hubungan yang tak direstui oleh keluarga mentua dah menyakitkan Nufa Khalisa, apatah lagi bila munculnya seorang perempuan yang membawa bukti menunjukkan dia adalah isteri kedua kepada suaminya, Thufail Haq. Selama 5 tahun mereka melayari bahtera yang bahagia walaupun tanpa zuriat, dalam tak sedar rupanya dia sudah dimadukan selama 2 tahun dan suaminya dah ada anak dengan isteri keduanya. "Ini bukti yang I memang isteri kepada suami you." - Rosie "Berapa lama?" - Nufa Khalisa "2 tahun. Dan kami dah ada anak perempuan yang berumur 1 tahun. Namanya Haura Helena." - Rosie Sakit dipendam sendiri memandangkan madunya adalah menantu kesayangan keluarga mentuanya. Terasa kalah bila mendapat kebenaran yang madunya pilihan mama Thufail. Berbulan-bulan dia bertahan dan menelan duka, sampai satu tahap dia buat keputusan untuk undurkan diri tapi dalam masa yang sama kebenaran hampir terbongkar. “Kalau mama awak masih tak boleh nak terima saya…” “Apa kata awak lepaskan saya.” - Nufa Khalisa Yang lebih mengejutkan, kemunculan Rosie dalam hidup Thufail Haq merupakan rancangan kotor daripada ahli keluarganya sendiri. "Kau nak tahu kenapa kau tak layak jejak dalam bilik ni?" - Thufail Haq "Sebab kau kotor. Kalaulah mama aku tahu siapa sebenarnya kau ni, aku yakin yang kau akan dihalau macam anjing kurap. Siapa je nak bermenantukan pelacur." - Thufail Haq Disebalik dia yang memberi kesakitan kepada Nufa Khalisa, rupanya dalang yang cuba menghancurkan hubungannya dengan Nufa adalah keluarga terdekatnya juga. Mampukah dia menemui kebenaran dan mampukah dia mendapatkan semula hati Nufa Khalisa yang sudah hancur berkecai?

 

From Contract To Jannah
Luderia
RM19.00

From Contract To Jannah

Lucyana

Farah Anisa dan Kim Hongjoong merupakan dua insan yang susah untuk akur. Dari zaman universiti lagi pasti ada saja persaingan yang akan berlaku, selalu ada saja jengkel dan bergaduh antara mereka. Tidak hairanlah rakan sekerja lain sudah masak dengan gelagat mereka. Suatu hari, majikan hantar memo yang mewajibkan Farah dan Hongjoong sertai program percutian syarikat untuk 'membangun kerjasama'. Tapi, kedua-dua mereka langsung membantah dan cuba untuk mengugurkan nama daripada program tersebut. Sementara itu, Puan Hongju, ibu Hongjoong telah merancang untuk menjodohkan Hongjoong dengan gadis pilihannya. Untuk mengelak, Hongjoong turut merancang sesuatu dengan menarik Farah ke dalam permasalahan keluarganya. "Aku tak nak kahwin lagi, tapi eomma aku suka sangat mendesak. Jadi, aku nak kahwin dengan kau." - Kim Hongjoong. "What? Awak dah gila ke Encik Hongjoong!" - Farah Anisa. Masing-masing ego, tak mahu mengaku perasaan yang semakin bercambah di dalam hati. "Ini kontrak, aku tak kesahlah kau nak terima ke tidak. Yang penting, hujung minggu ni aku bawa kau ke rumah eomma." - Kim Hongjoong. "Gila betul laki ni. Aku tak kata setuju pun, dia dah campak kontrak kat muka aku!" - Farah Anisa. Mereka berdua terus bertembung kepala, ego masing-masing tak mahu mengaku tentang perasaan yang mula bercambah. Bila kontrak perkahwinan yang mula-mula cuma helah, akhirnya menjadi semakin dekat. Tapi, mereka kena hadapi perbezaan budaya, adat, dan agama yang sememangnya mencabar. Adakah mereka mampu mengubah kontrak ini menjadi cinta sejati dan mungkin jannah bersama? Atau semua ini cuma drama seperti kebiasaannya?